Idris Khan Beralih Jadi Penerbit Filem

Diterbitkan: Sabtu, 8 April 2017 6:30 AM

Idris Khan ingin memberi fokus kepada kerja-kerja penerbitan menerusi syarikat produksinya, Centro Pictures. Foto AIMAN ARIFUDDIN

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Idris Khan mengambil keputusan memperlahankan karier lakonannya pada tahun ini bagi memberi fokus kepada tugas sebagai penerbit menerusi syarikat produksinya, Centro Pictures.

Idris berkata, sebagai sebuah produksi baharu masih banyak perkara perlu dipelajari tambahan pula menggalas tanggungjawab sebagai penerbit memerlukan komitmen tinggi.

"Sejak akhir-akhir ini saya kurang muncul di televisyen bukan kerana tiada tawaran tetapi memilih memperlahankan karier lakonan buat seketika.

"Ini kerana saya ingin memberi tumpuan kepada tanggungjawab sebagai penerbit di syarikat produksi yang saya kongsi bersama tiga lagi rakan.

"Kami sekarang sedang sibuk dengan proses suntingan filem terbitan pertama kami iaitu KL Wangan yang dijangka berada di pawagam pada Julai depan," katanya kepada mStar Online.

Idris memberitahu masih banyak perlu dipelajari sebagai penerbit.

Syarikat produksi itu turut dimiliki oleh aktor dan pengarah, Pekin Ibrahim bersama dua lagi rakan mereka.

Bercakap mengenai tugasnya sebagai penerbit, Idris berkata, walaupun sebelum ini tidak mempunyai pengalaman namun dia yakin dapat melakukannya asalkan sanggup belajar daripada bawah.

"Saya memang tiada pengalaman sebagai penerbit cuma ada minat terhadap aspek belakang tabir dalam penghasilan sesebuah produksi.

"Paling penting kita kena cari ilmu dan tidak malu untuk belajar walaupun terpaksa bermula daripada bawah.

"Menguruskan sebuah produksi memang saya akui bukan mudah tetapi apabila kita minat dan berusaha dalam sesuatu bidang itu, Insya-Allah jalan itu akan ada," jelasnya.

Rakan kongsi Idris, pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim.

Kata Idris, Centro Pictures sebelum ini pernah menghasilkan sebuah dokumentari berjudul Madness of Borneo yang akan dibawa menyertai Festival Filem Cannes oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Sementara itu, Idris berkata, dia masih akan berlakon cuma hanya mengambil telefilem atau watak pembantu yang tidak memerlukan masa panjang di lokasi penggambaran.

Kata Idris, dia tidak mempunyai rancangan untuk meninggalkan bidang seni sebaliknya akan mengimbangi di antara dua bidang tersebut.

"Saya tidak boleh tamak dan ingin buat semua benda dalam satu masa kerana perlu tahu kemampuan kita di tahap mana sebaliknya kena bijak dalam membuat pembahagian dalam kerja.

"Saya masih berlakon tetapi hanya mengambil telefilem atau watak kecil yang tidak mengambil masa lama di lokasi penggambaran dan boleh memberi tumpuan kepada syarikat," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Idris Khan , Pekin Ibrahim , KL Wangan

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan