Misha Enggan Janjikan Album Baru

Diterbitkan: Khamis, 6 April 2017 6:28 AM

Misha Omar sedang dalam proses rakaman single solo terbaharunya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Misha Omar memberitahu dirinya sering diasak pertanyaan berhubung album terbaharunya daripada peminat kerana mereka  tidak berpuas apabila dia hanya muncul dengan single sahaja.

Misha, 35, berkata, walaupun perancangan itu ada namun dia enggan berjanji kerana bimbang tidak dapat ditepati.

"Perancangan untuk hasilkan album itu memang ada malah saya kagum dengan kesungguhan Dayang Nurfaizah yang tampil dengan album penuh kerana pasaran sekarang tidak menentu.

"Ia memberi inspirasi kepada saya untuk buat perkara sama dan perancangan itu memang ada.

"Tetapi jangan letak dalam hati, nanti kecil hati pula kerana saya sendiri tidak tahu bila ia akan terlaksana kerana kita sebagai manusia hanya mampu merancang," katanya kepada mStar Online.

Untuk rekod, penyanyi yang popular menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta ini kali terakhir tampil dengan album solo pada 2008 yang berjudul Misha Omar.

Misha bersama anaknya, Muhammad Idris Ezzwa. Foto Instagram @mishaomar

Dalam pada itu, Misha berkata, komitmen terhadap anaknya, Muhammad Idris Ezzwa yang kini berusia lapan bulan turut membataskan perancangan kariernya termasuk menghasilkan album baharu.

Kata Misha, buat masa ini, keluarga adalah keutamaan memandangkan Idris masih menyusu badan dan tidak boleh berenggang dengannya.

"Menjadi seorang isteri dan ibu memerlukan komitmen yang tinggi tambahan pula sekarang Idris memang tidak boleh berenggang dengan saya.

"Perancangan untuk karier itu memang banyak tetapi rezeki ini semua ketentuan Allah dan saya akur ikut rancangan yang telah di susun untuk saya," jelasnya.

Bagaimanapun kata Misha, bagi mengubat kerinduan peminat, dia bakal tampil dengan single duet bersama Adibah Noor berjudul Jiwa Sentuh Jiwa tidak lama lagi.

Malah dia kini sedang dalam proses awal rakaman single solo terbaharunya yang dijangka dilancarkan pada penghujung tahun ini.

"Butiran mengenai single solo saya biarlah saya rahsiakan terlebih dahulu buat masa ini kerana ia masih di peringkat awal rakaman.

"Malah lagu itu nanti akan dijadikan sebagai lagu tema sebuah drama bersiri.

"Tetapi yang pasti saya akan lancar single duet bersama Adibah Noor dan ia sangat istimewa," katanya.

Tags / Kata Kunci: Misha Omar

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan