Janna Nick Mahu Potong Rambut Pendek

Diterbitkan: Khamis, 6 April 2017 6:31 AM

Janna Nick berhasrat memotong rambut pendek. Foto NORAFIFI EHSAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Janna Nick sedang memikirkan untuk kembali memotong pendek rambutnya bagi menjayakan watak dalam drama atau pun filem.

Kata Janna, sebagai pelakon dia ingin memberi kelainan kepada peranan diberikan agar penampilannya tidak kelihatan sama dalam setiap projek yang dijayakan.

“Saya rela hati kalau pengarah minta saya potong rambut pendek kerana sebagai pelakon saya ingin elak penampilan kelihatan sama sahaja.

“Memang boleh pakai rambut palsu tapi 'feel' itu tidak sama dan kurang kepuasan.

Janna Nick tampil dalam filem televisyen Bo Bajet. 

"Tambahan pula saya memang selesa berambut pendek tetapi biarlah gaya itu berlainan dan bukannya potongan yang sama," katanya kepada mStar Online.

Janna ditemui pada majlis tayangan perdana filem televisyen berjudul Bo Bajet Aksi di sini, Rabu.

Bergandingan dengan Saharul Ridzwan, filem televisyen arahan Bak Chee Hong itu akan disiarkan menerusi saluran Astro First  Eksklusif (480) atau Astro On Demand bermula 27 April ini dengan harga RM15.90 selama 48 jam.

Dalam pada itu, Janna berkata, menerusi Bo Bajet Aksi dia memotong rambutnya pendek semata-mata untuk menjayakan watak sebagai Inspektor Siti.

Katanya imej itu sesuai dengan peranannya memandangkan dia juga perlu menjayakan babak aksi dan lasak.

"Apabila pengarah minta saya potong rambut saya setuju kerana saya tertarik dengan watak Inspektor Siti yang lasak.

Janna mahu lebih banyak berlakon dalam filem aksi jika diberi peluang.

"Malah hampir 90 peratus babak aksi saya lakukan sendiri dan selebihnya dibantu oleh pelakon lagak ngeri profesional," jelasnya.

Sementara itu, Janna memberitahu dia akan sekali lagi memotong rambutnya apabila bakal menjayakan sebuah drama bersiri arahan Michael Ang pada Julai depan.

Bagaimanapun kata Janna, itu tidak bererti dia akan kekal dengan imej itu kerana dia tetap akan kembali menyimpan rambut panjang bagi menyesuaikan watak dalam drama lain.

"Macam sekarang rambut saya sudah kembali panjang untuk drama lain dan bulan Julai nanti saya potong semula untuk drama arahan Michael Ang," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Janna Nick

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan