34 Drama Adaptasi Novel Rebut Anugerah Telenovela 2017

Diterbitkan: Khamis, 6 April 2017 8:17 PM

Mereka yang terlibat dalam Anugerah Telenovela yang akan diadakan pada Oktober depan. FOTO: NORAFIFI EHSAN.

(Ubah saiz teks)

AMPANG: Sebanyak 34 drama yang diadaptasi daripada novel dicalonkan bagi merebut 21 trofi sempena Anugerah Telenovela 2017 yang akan berlangsung pada 7 Oktober depan.

Berdasarkan senarai, Shukri Yahya, Kamal Adli, Janna Nick dan Emma Maembong mengungguli pencalonan bagi kategori pelakon terbaik dan popular menerusi drama lakonan mereka sepanjang 2016.

Empat drama lakonan Shukri Yahya yang disenaraikan ialah 7 Hari Mencintaiku, Suami Tanpa Cinta, Hantu Punya Bos! dan Cik Cinderela Dan Encik Tengku.

Shukri Yahaya dan Siti Saleha dalam '7 Hari Mencintaiku'.

Sementara itu Kamal Adli turut membintangi empat drama adaptasi novel pada tahun lalu menerusi Assalamualaikum Cinta, Sha & Shah, Pergilah Air Mata dan Jodoh Sebelah Pintu.

Bagi Janna Nick, tiga drama lakonannya tersenai bagi merebut trofi ialah Suami Tanpa Cinta, Biar Aku Jadi Penunggu dan Kau Aku Kita.

Drama lakonan Emma Maembong juga bakal berentap dalam anugerah yang diadakan setiap tahun ini iaitu Assalamualaikum Cinta, Tersuka Tanpa Sengaja dan Jodoh Sebelah Pintu.

Sementara itu bagi kategori filem yang diadaptasi daripada novel, Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) selaku penganjur hanya menerima empat pencalonan.

Hassan Hamzah

Empat filem adaptasi itu ialah Langit Cinta, Tercipta Untuku, Angin Cinta dan Aku Bukan Spy.

Menurut Pengerusi YPBN, Hasan Hamzah, Anugerah Telenovela merupakan pengiktirafan kepada penulis, penerbit dan warga kerja industri kreatif yang berjaya menterjemahkan kandungan buku terutama novel kepada layar perak atau diterbitkan dalam bentuk audio dan visual.

“Sebagai permulaan pencalonan anugerah ini hanya menerima naskhah-naskhah novel yang berjaya diadaptasi kepada filem, telefilem dan drama bersiri,” katanya pada sidang media di Panggung Mini P. Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, Khamis.

Anugerah Telenovela ini dianjurkan sempena Festival Industri Kreatif yang akan berlangsung dari 6 hingga 8 Oktober depan.

Tags / Kata Kunci: Anugerah Telenovela

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan