Pengacara Terkenal Najip Ali Mohon Maaf Kepada PM

Diterbitkan: Rabu, 5 April 2017 11:49 AM

Najip Ali pernah mengacarakan rancangan popular Asia Bagus. -foto Astro Gempak

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Susulan kontroversi penyiaran rancangan hiburan Singapura yang didakwa mempersendakan Datuk Seri Najib Tun Razak, pengacara terkenal Najip Ali tampil memohon maaf kepada Perdana Menteri.

Menerusi kenyataan pada awal pagi Rabu, Najip yang sering terlibat dalam pelbagai program hiburan di negara ini mengakui tidak sensitif apabila secara terbuka menjadikan pemimpin nombor satu Malaysia sebagai bahan jenaka.

"Saya sedar betapa saya tidak sensitif dan (tidak) berhati perut. Saya ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya merayu agar beliau, penonton dan rakan-rakan memaafkan saya," katanya.

BERKAITAN: Seniman Beri Amaran Tuntut TV Singapura Mohon Maaf

Najip Ali (dua dari kanan) antara selebriti yang dikenali rakyat di negara ini ketika hadir dalam rancangan OK Chope!

Sejak Selasa, pelbagai pihak termasuk netizen dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengecam tindakan stesen Mediacorp 5 milik Temasek Holdings berikutan penyiaran rancangan hiburan OK Chope di negara itu.

Najip yang kini berulang-alik ke Malaysia kerana menjadi juri tetap program Maharaja Lawak Mega terbitan Astro merupakan salah seorang selebriti yang terlibat dalam rancangan OK Chope.

Menerusi rancangan itu, pesertanya diminta melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan satu perkataan iaitu Najib slams__________for threatening Malaysia’s progress.

Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah ‘fake news’.

Rancangan itu disiarkan pada 29 Mac lalu menerusi Channel 5 di Singapura.

Sementara itu Ketua Pegawai Khidmat Pelanggan Mediacorp, Debra Soon berkata, pihaknya turut mengakui kesilapan berkenaan.

"Oleh itu kami telah menarik balik siaran ulangan episod berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

"Kami memohon maaf berikutan kesilapan ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Najip Ali

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan