Persenda PM, Tugas Najip Ali Dalam MLM2017 Ditamatkan

Diterbitkan: Rabu, 5 April 2017 11:36 PM

Najip Ali (dua dari kanan) menjadi juri tetap Maharaja Lawak Mega 2017 dan difahamkan tugas beliau itu akan ditamatkan. FOTO: Astro Gempak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keceluparan pengacara Najip Ali mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam sebuah rancangan hiburan terbitan saluran televisyen Singapura membawa padah apabila peranannya sebagai juri tetap dalam Maharaja Lawak Mega 2017 ditamatkan.

mStar Online difahamkan, tempat Najip itu akan digantikan dengan selebriti lain dalam rancangan yang akan disiarkan menerusi saluran Astro Warna pada Jumaat ini pukul 10 malam.

Namun siapakah penggantinya itu masih lagi menjadi rahsia dan hanya dapat diketahui apabila rancangan itu disiarkan nanti.

Dalam pada itu Ketua Saluran Melayu  Astro, Raqim Ahmad yang dihubungi mStar Online enggan menguas mengenai perkara itu.

Pihak pengurusan Najip di Singapura yang dihubungi mStar Online juga mengambil pendekatan untuk tidak memberi sebarang komen sebaliknya meminta perkara berkenaan ditanya sendiri kepada Najip.

Pada 29 Mac lalu, saluran televisyen Channel 5 terbitan Mediacorp Singapura menyiarkan racangan hiburan OK Chope yang  memerlukan pesertanya melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan satu perkataan iaitu Najib slams__________for threatening Malaysia’s progress.

Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah ‘fake news’.

Bagaimanapun peserta rancangan itu termasuk Najip Ali mengambil peluang mengisi tempat kosong dengan ayat mempersendakan Perdana Menteri.

Najip dan pemilik saluran televisyen berkenaan bagaimanapun sudah memohon maaf atas kesilapan mereka selepas ia menjadi kontroversi.

Dalam perkembangan berkaitan Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Rabu memandang serius komen negatif yang disiarkan dalam rancangan itu dan berharap perkara sama tidak lagi berulang pada masa hadapan.

Tags / Kata Kunci: Najip Ali

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan