Anzalna Tak Sanggup Tinggal Suami

Diterbitkan: Selasa, 4 April 2017 6:20 AM

Anzalna mahu kembali aktif dalam bidang lakonan selepas setahun berehat. -foto AIMAN ARIFUDDIN / The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setelah lebih setahun berehat daripada bidang seni, pelakon Anzalna Nasir mengakui masih 'berat hati' untuk kembali ke set pengambaran.

Bagaimanapun menurut Anzalna, 29, perasaan rindu terhadap rutin harian sebagai pelakon membuatkan dia mengambil keputusan menerima tawaran berlakon meskipun terpaksa meninggalkan suami di rumah.

"Saya tak rasa kekok (kembali berlakon), cuma tengah fikir siapa nak jaga suami di rumah.

Anzalna bakal membintangi drama Tuscan Passion sebanyak 100 episod.

"Tapi saya sudah set dalam fikiran bahawa saya perlu kembali berlakon, namun pada masa sama suami tetap kena jaga," katanya kepada mStar Online.

Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir bakal terlibat dalam drama bersiri 100 episod berjudul Tuscan Passion terbitan Global Station Sdn Bhd yang akan memulakan pengambaran awal bulan ini.

Drama berkenaan adalah lakonan terbaharu daripada Anzalna selepas dia dan suami, Mohamad Hanif Zaki melangsungkan pernikahan pada 21 Februari tahun lalu.

Kali terakhir Anzalna muncul di televisyen ialah menerusi drama rantaian Memori Cinta Suraya sebanyak 137 episod.

Selain itu menurut Anzalna, suaminya juga memberikan galakkan supaya dia kembali berlakon.

"Kalau nak ikutkan hati memang tak sedia lagi nak tinggalkan suami, tapi duduk di rumah sahaja pun bosan juga, kena bekerja.

"Suami faham cara kerja Anzalna, dia pun tahu bukan kami tak dapat jumpa. Setiap hari pun akan bertemu," ujarnya.

Sementara itu bercerita mengenai rezeki untuk menimang cahaya mata, Anzalna berkata dia tidak tertekan walaupun mengakui sering diajukan soalan sedemikian.

Kata Anzalna, dia dan suami tidak pernah merancang namun menyerahkan sepenuhnya rezeki mereka kepada Allah.

"Saya sudah bersedia, tapi kita tak boleh rancang. Kalau saya katakan mahukan anak tahun depan pun, kalau tak ada rezeki, tak ada juga.

"Saya tak tertekan bila orang tanya soal anak. Banyak lagi masalah lain yang boleh buat saya tertekan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Anzalna Nasir

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan