Yana Samsudin Tolak Tawaran Untuk Anak

Diterbitkan: Isnin, 3 April 2017 6:20 AM

Yana memberitahu banyak menerima tawaran untuk anaknya, Aisy Mateen yang kini baharu berusia lapan bulan. Foto SHAARI CHE MAT

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Yana Samsudin memberitahu menerima banyak tawaran untuk anak lelakinya, Aisy Mateen walaupun dia baharu sahaja berusia lapan bulan.

Bagaimanapun kata Yana buat masa ini dia menolak tawaran itu kerana tidak mahu Aisy bekerja memandangkan usianya masih kecil selain bimbang ia akan memberi kesan kepada tumbesarannya.

"Ada tawaran untuk anak saya tetapi kalau memerlukan dia berada dihadapan kamera rasanya mungkin tidak.

"Pada usianya sekarang apa yang dia tengok akan kekal dan saya tidak mahu ia memberi kesan kepada tumbesarannya," katanya kepada mStar Online.

Tambah Yana atau Norliana Samsudin, 33, dia mahu Aisy membesar seperti mana kanak-kanak lain dan menjalani kehidupan normal.

Comel...Aisy Mateen buah hati Yana dan suami.

"Apa yang ditawarkan kepadanya memang rezeki dia tetapi biarlah dia membesar seperti kanak-kanak lain dan biar saya dan suami sahaja yang bekerja.

"Tetapi jika ada tawaran itu langsung tidak membebankan mungkin boleh dipertimbangkan tetapi itu pun suami yang akan buat keputusan," jelasnya.

Bercakap mengenai perkembangan karier seninya, Yana berkata, dia sudah kembali berlakon namun lebih banyak menerima watak pembantu berbanding utama.

Ini kerana kata Yana, dia tidak mahu berada di set penggambaran terlalu lama memandangkan Aisy adalah keutamaannya masa ini.

"Banyak tawaran berlakon tetapi saya selektif dan lebih tumpu kepada watak pembantu.

"Kalau ambil watak utama nanti masa di lokasi akan jadi panjang dan masa bersama anak akan jadi berkurangan tetapi Alhamdulillah rezeki berlakon itu masih ada," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Yana Samsudin , Aisy Mateen

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan