Konsert Angela, Tempura Kidz Meriahkan Festival AnimeXover

Diterbitkan: Isnin, 3 April 2017 5:31 PM

Festival AnimeXover bakal menampilkan persembahan artis seperti Angela, Tempura Kidz, Ram Rider dan Anna Yano!

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan yang cukup dikenali dalam dunia anime iaitu Angela bakal menghangatkan Festival AnimeXover yang bakal berlangsung pada 8 dan 9 April ini dengan konsert khas pada acara itu.

Pada konsert itu juga, beberapa kumpulan lain seperti Tempura Kidz, Ram Rider dan Anna Yano! akan berkongsi pentas dengan Angela bagi menghiburkan peminat anime.

Angela tidak asing lagi dikalangan peminat anime apabila lagu-lagu mereka sering digunakan sebagai tema beberapa siri anime seperti Fafner in the Azure, Heroic Age, Shikabane Hime dan Asura Cryin.

Festival AnimeXover bakal diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini bermula dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

AnimeXover bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid.

Menariknya mengenai festival itu nanti, ia turut mempamerkan model serta karakter animasi terkenal seperti Super Hero, R2D2, Han Solo Carbonite, Millennium Falcon Cockpit dan Vintage Robots.

Malah turut diadakan peraduan E-Sukan seperti Counter-Strike: Global Offensive (CSGO) dan Dota 2 selain pertandingan Cosplay dengan tawaran hadiah wang tunai khas buat pengunjung.

Turut disediakan 30 buah gerai jualan barangan dan permainan untuk membolehkan peminat mendapatkan barangan anime diminati.

Bertemakan Timur bertemu Barat, bayaran kemasukan RM20 dikenakan kepada setiap pengunjung.

Tags / Kata Kunci: Angela , Festival AnimeXover

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan