Dazrin Kamarudin Nikah Ketua Pramugari 6 Mei

Diterbitkan: Isnin, 3 April 2017 1:11 PM

Dazrin bakal melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihannya iaitu Nur Fazulin Razali pada 6 Mei ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Dazrin Kamarudin bakal melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya iaitu Nur Fazulin Razali pada 6 Mei depan.

Dazrin ketika dihubungi mStar Online berkata, pernikahannya akan berlangsung di Hotel Avillion Legacy Melaka manakala majlis persandingan dijangka diadakan pada Julai.

"Alhamdulillah jodoh saya sudah sampai dan Insya-Allah saya dan bakal isteri akan melangsungkan pernikahan pada 6 Mei.

"Kami akan bernikah terlebih dahulu sebelum mengadakan majlis persandingan pada Julai depan di Melaka juga," katanya.

Bercakap mengenai Nur Fazulin atau Zulin, Dazrin berkata, dia berkenalan dengan bakal isterinya yang juga seorang Ketua Pramugari sebuah syarikat penerbangan berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi itu hampir dua tahun lalu.

Katanya, mereka mula berhubungan menerusi aplikasi Smule kerana masing-masing minat menyanyi sebelum hubungan itu bertambah akrab.

Dazrin memilih 6 Mei untuk disatukan dengan bakal isteri. 

"Sebenarnya aplikasi Smule yang telah mempertemukan kami kerana minat kami terhadap nyanyian.

"Sejak itu hubungan bertambah akrab walaupun dia jarang berada di Kuala Lumpur kerana bekerja sebagai pramugari berpangkalan di Jeddah untuk menguruskan jemaah Haji dan Umrah," jelasnya.

Kata Dazrin lagi, dia selesa dengan Zulin kerana wanita itu seorang yang sederhana dan mempunyai ciri-ciri idamannya.

"Zulin juga sangat bijak dalam mengatur jadual memandangkan kami masing-masing sibuk dengan tugas seharian.

"Pengalamannya sebagai pramugari membuatkan dia teliti berhubung jadual selain sikapnya yang sederhana menambat hati saya," jelasnya.

Sementara itu, Dazrin berkata, dia tidak berniat untuk menyorokkan tentang kisah peribadinya sebaliknya enggan menghebohkan perkara yang belum pasti kepada umum.

"Saya bukan cuba merahsiakan mengenai hubungan dengannya tetapi rasanya tidak ada apa yang perlu digembar-gemburkan memandangkan masih belum ada ikatan sah dengannya.

"Sekarang sudah ada perancangan dan tarikh nikah bolehlah saya bercakap mengenainya secara terbuka," ujarnya.

Tempoh sebulan sebelum bergelar suami, Dazrin memberitahu dia dan Zulin sedang giat membuat persiapan dan seperti pasangan lain, dia juga sudah mula merasai debaran sebelum disatukan sebagai suami-isteri.

"Alhamdulillah persiapan sedang dijalankan malah Zulin juga sudah mula bercuti untuk majlis kami itu nanti.

"Sudah tentu saya rasa berdebar dan semoga peminat mendoakan kebahagian buat kami berdua," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dazrin berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama Jangan Ikut Aku untuk siaran TV3.

Tags / Kata Kunci: Dazrin Kamarudin , Nur Fazulin Razali

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan