'Haiyaya' Kurang Sesuai, Elizad Mahu Pilih Sendiri Single Kedua - Berita Hiburan | mStar

'Haiyaya' Kurang Sesuai, Elizad Mahu Pilih Sendiri Single Kedua

Diterbitkan: Ahad, 2 April 2017 6:00 AM

Siti Elizad mahu pilih sendiri untuk lagu keduanya nanti.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Siti Elizad memberitahu dia ingin memilih sendiri single kedua agar lebih sesuai dengan dirinya.

Siti Elizad, 33, berkata, lagu single pertama berjudul Haiyaya yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu dirasakan kurang dekat dengan jiwanya.

"Setakat ini sambutannya baik sahaja, lagu tersebut di bawah pengurusan Paranormal jadi daripada segi pemilihan kami buat keputusan secara bersama.

Elizad mahu lagu sendiri jadi lagu tema drama lakonannya.

"Tapi jika diberi peluang saya mahu pilih sendiri lagu yang sesuai dengan saya.

"Lagu Haiyaya seperti genre Ayda Jebat mungkin kerana kami di bawah satu bumbung," ujarnya kepada mStar Online.

Siti Elizad mengulas tentang sambutan single pertamanya berjudul Haiyaya yang dilancarkan tahun lalu kurang mendapat sambutan.

Sementara itu, pelakon Teman Lelaki Upahan ini berkata, dia lebih sesuai dengan lagu yang lebih ringan dan berentak akustik.

"Saya suka lagu yang santai dan dekat dengan diri saya.

"Tidak perlu banyak muzik cuma gitar sahaja macam lagu-lagu Indonesia," ujarnya.

Bagaimanapun, Siti Elizad berkata, dia belum mendapat bayangan untuk mencari komposer yang sesuai untuk mencipta lagu terbaharu untuknya.

Dalam pada itu, Juara Gempak Superstar ini berkata, dia mahu lagu terbaharunya boleh digunakan sebagai lagu tema drama yang dilakonkan.

"Sebagai pelakon saya mahu lagu saya jadi lagu tema drama kerana ia lebih bagus.

"Namun kebanyakkan drama yang saya lakonkan drama berat dan air mata.

"Saya harap suatu hari nanti impian untuk menjadikan lagu sendiri sebagai lagu tema drama tercapai," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Siti Elizad
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan