Azrel Ismail Selesa Urus Kerjaya Sendiri

Diterbitkan: Sabtu, 1 April 2017 6:30 AM

Azrel Ismail mahu elak berlakunya salah faham jika dia menggunakan khidmat pengurusan artis bagi menguruskan kerjasa seninya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Azrel Ismail memberitahu dia lebih selesa menguruskan kerjaya seninya sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak pengurusan.

Azrel, 31, berkata, latar belakangnya sebagai seorang pegawai perhubungan awam di beberapa buah hotel terkemuka membuatkan dia mudah untuk berkomunikasi dan merancang kerjaya sehariannya.

"Buat masa ini saya selesa bergerak sendiri sahaja kerana saya tahu apa yang saya akan lakukan setiap hari.

Azrel bakal muncul dengan drama terbaharu berjudul Cucu Taukeh Beras bergandingan bersama Zahira MacWilson.

"Lagi pula saya tiada masalah untuk berkomunikasi dengan semua pihak dalam mendapatkan tawaran sebab saya sendiri dahulu seorang pegawai perhubungan awam," ujarnya kepada mStar Online.

Azrel berkata demikian dalam sesi taklimaat media yang diadakan di Sri Pentas, di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, pelakon drama Menantu Ting Tong ini juga mengakui ada menolak beberapa tawaran pihak pengurusan yang ingin menguruskan kerjayanya.

"Ada juga pihak pengurusan yang datang merisik untuk menguruskan kerjaya lakonan saya tapi buat masa ini terpaksa saya tolak.

"Bukan apa, saya lihat rakan-rakan artis lain yang mempunyai pengurusan sering mengeluh dengan pihak pengurusan mereka. Perkara itu juga membuatkan saya kurang keyakinan untuk mendapatkan khidmat pengurusan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Azrel berkata, dia bakal muncul dengan drama terbaharu berjudul Cucu Taukeh Beras bergandingan bersama Zahira MacWilson.

Katanya, banyak pengalaman menarik sepanjang sebulan menjalani penggambaran drama berkenaan.

"Kami menjalani penggambaran di sebuah kampung di Jerteh, Terengganu selama sebulan. Banyak perkembangan manis terutama terpaksa bergelumang dengan sawah bendang buat pertama kalinya,"ujarnya.

Drama yang bakal menghiasi slot Dahlia itu bakal diadakan bagi menggantikan drama Meh Sandar Pada Aku.

Tags / Kata Kunci: Azrel Ismail

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan