Siti Saleha Nikah 28 Julai

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mac 2017 6:22 PM

Siti Saleha memberi kepercayaan sepenuhnya kepada syarikat perancang perkahwinan untuk membuat persediaan sempena hari bahagianya nanti.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Siti Saleha mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Lutfi Azhar, 31, pada 28 Julai depan.

Siti Saleha, 27, berkata majlis tersebut akan diadakan selepas solat Asar di sebuah lokasi yang masih dirahsiakan.

"Alhamdulillah saya sudah mendapat lokasi untuk melangsungkan perkahwinan dan sudah ada tarikh iaitu pda 28 Julai ini. Manakala majlis resepsi diadakan di lokasi lain pada keesokkannya.

"Majlis pihak lelaki pula akan diadakan seminggu selepas nikah. Kami memang mahu buat majlis pada tarikh yang dekat supaya mudah saudara mara yang jauh untuk datang," ujarnya kepada mStar Online.

Siti Saleha bersama tunangnya, Lutfi. -foto Instagram @sallywho

Siti Saleha ditemui pada majlis taklimat Anugerah DFKL yang diadakan di Sri Pentas, Jumaat.

Tambahnya, dia menyerahkan tugas pengurusan majlis perkahwinan berkenaan kepada syarikat pengurusan majlis yang dilantik.

Ditanya tentang keterbukaannya untuk berkongsi detik bahagia itu bersama media, Siti Saleha berkata, dia akan berbincang dengan bakal suaminya terlebih dahulu.

"Saya tidak kisah jika ada media yang mahu membuat liputan pada majlis itu, namun saya akan berbincang dahulu dengan bakal suami.

"Saya takut jika dia tidak selesa pula kerana dia bukan selebriti," ujarnya.

Sementara itu, katanya, majlis berkenaan bertemakan tradisional dan moden.

Tags / Kata Kunci: Siti Saleha

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan