Ila Damiaa Diminta Tukar Syarikat Rakaman Kerana Kurang Popular

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mac 2017 6:30 AM

Ila Damiaa pernah diminta meninggalkan syarikat rakamannya kerana namanya tidak menyerlah dalam industri hiburan. Foto HAZIM FAUZI

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas protege Joe Flizzow menerusi Mentor 4 iaitu Ila Damiaa pernah diminta untuk menukar syarikat rakaman kerana karier nyanyiannya dilihat bergerak perlahan.

Bagaimanapun kata Ila, 28, dia tetap meletakkan kepercayaan dengan label dinaunginya iaitu Kartel Talent Agency milik Joe kerana menganggap syarikat itu sebagai keluarganya.

"Saya faham bukan mudah untuk mengeluarkan produk 'boleh jual' apatah lagi bernaung bawah label indie namun itu tidak pernah memudarkan kepercayaan saya terhadap pengurusan mentor saya iaitu Joe Flizzow.

"Hubungan kami sudah seperti keluarga dan saya melihat kesungguhan mereka dalam usaha menjenamakan kembali nama saya dengan pelancaran single terbaharu iaitu Cuma Kamu," katanya kepada mStar Online.

Ila tampil dengan single terbaharu iaitu Cuma Kamu. 

Ila ditemui pada majlis perlancaran single Cuma Kamu yang diadakan di sini, Khamis.

Dalam pada itu, bekas peserta Duo Star bersama Yasin Sulaiman ini memberitahu penyertaan dirinya dalam program realiti tersebut adalah antara usaha untuk menonjolkan namanya.

"Walaupun hanya tiga minggu bersama Duo Star namun banyak pengalaman saya perolehi dan paling penting penonton masih mengingati saya," katanya.

Ila yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada hujung tahun lalu berkata, dia bersyukur kerana suaminya memberi keizinan dan sokongan untuknya kembali merancakkan karier seni.

Ila bersama mentornya, Joe Flizzow.

Walaupun terpaksa berulang-alik dari Kuching, Sarawak ke Kuala Lumpur namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang dalam industri seni.

Bercakap mengenai Cuma Kamu, lagu yang turut menjadi lagu tema drama Mama Tere di TV3 adalah hasil kerjasama antara Malaysia dan Indonesia.

"Saya bertuah kerana untuk lagu ini saya berkesempatan berkerjasama dengan orang-orang hebat di sana seperti Ari Aru Renaldi, Raisa Adriana dan Sindhu Bharata.

"Kalau Ari sering memenangi anugerah berprestij di Indonesia, Sidhu pula banyak menulis lirik lagu untuk Rossa, Ungu, Afgan, Tulus dan ramai lagi," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Ila Damiaa , Cuma Kamu

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan