Sejak Popular, DJ Lin Jaga Imej Setiap Kali Keluar Rumah

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mac 2017 6:35 AM

Dj Lin lebih mementingkan penampilan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin memberitahu populariti yang dikecapinya kini memerlukan dia menjaga penampilan setiap kali keluar dari rumah.

DJ Lin, 40, berkata, perkara itu dilakukan atas nasihat orang di sekelilingnya yang meminta dia untuk sentiasa tampil menarik selepas mendapat perhatian.

"Saya sebenarnya seorang yang sederhana dan tidak suka bersolek, tapi orang sekeliling minta agar sentiasa jaga penampilan terutama bila keluar ke tempat awam.

"Sekarang setiap kali keluar ada yang tegur dan tangkap gambar, jadi saya perlu kelihatan bersedia walaupun hanya sekadar solekan asas sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

DJ Lin ditemui pada majlis penjenamaan semula stesen radio Suria Fm, di sini, baru-baru ini.

Dia yang memenangi kategori Penyampai Radio Popular 2016, Anugerah Bintang Popular Berita Harian mengulas tentang penampilannya yang kini lebih menarik dan bergaya.

Teruja tercalon dua kategori Anugerah Meletop.

Bagaimanapun, Dj Lin berkata, dia tidak pernah terpengaruh dengan mengambil apa-apa suntikan untuk kelihatan lebih cantik.

"Saya tidak pernah ambil apa-apa suntikan untuk cantik seperti botox kerana ia membahayakan kesihatan untuk jangka masa panjang.

"Biarlah apa yang ada ini kita jaga dengan baik dan saya tahu peminat akan tetap sokong dalam apa juga keadaan kita," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang keadaan kesihatanya, Dj Lin yang masih lagi mendapatkan rawatan di Hospital Pakar KPJ Tawakkal, dekat sini berkata kerana kurang rehat.

Katanya, kesibukannya seharian membuatkan kesihatannya terjejas sehingga dimasukkan ke pusat perubatan tersebut sejak Sabtu lalu.

"Saya ditahan di wad sejak Sabtu lalu kerana nadi terlalu lemah, doktor kata ia berpunca daripada kurang rehat dan terlalu penat. Saya akan lalui beberapa lagi ujian kesihatan sebelum dibenarkan keluar.

"Sudah dua hari saya minta keluar sekejap sahaja ni untuk menghadiri majlis ini dan ke udara malam nanti kerana sudah dua hari saya tidak bersiaran rasa bersalah kepada peminat," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Dj Lin yang dicalonkan dalam kategori Penyampai Radio Meletop dan Program Radio Meletop menganggap ia sebagai permulaan tahun yang baik buat dirinya.

"Alhamdulillah, saya teruja apabila tercalon dalam dua kategori ini pada anugerah anjuran stesen televisyen Astro, ia merupakan pengalaman manis buat saya.

"Menang atau kalah ia perkara kedua kerana pencalonan ini sahaja satu pencapaian pada kerjaya saya dalam industri ini," ujarnya.

Dj Lin bersaing dengan Haniff, Jep, Johan (Raja Lawak) dan Shuib (Sepahtu).

Tags / Kata Kunci: Dj Lin , Suria Fm

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan