Neelofa Tidak Terganggu Digandingkan Semula Dengan Fattah Amin

Diterbitkan: Rabu, 29 Mac 2017 6:30 AM

Neelofa Mohd Noor

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Neelofa tidak melihat kontroversi membabitkan dirinya dengan Fattah Amin sebelum ini sebagai halangan untuk dia terus bergandingan dengan aktor tersebut. 

Malah kata Neelofa, mereka akan sama-sama menjayakan telefilem istimewa Suri Hati Mr. Pilot Raya arahan Michael Ang yang akan menjalani penggambaran pada 9 April depan. 

"Saya tak rasa terganggu pun dengan kontroversi melanda kami sebelum ini malah sentiasa terbuka untuk terus bekerjasama dengannya. 

"Apabila pihak produksi memberitahu tentang projek Suri Hati Mr. Pilot Raya ini pun saya setuju untuk lakukan. 

"Saya ada juga bertanya dengan pihak pengurusan Fattah dan mereka beritahu dia juga setuju untuk menjayakan drama tersebut," katanya kepada mStar Online. 

mStar Default Image
Fattah dan Neelofa mula dikaitkan bercinta selepas mereka membintangi Suri Hati Mr. Pilot.

Neelofa ditemui pada majlis pengumuman calon akhir Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME2017) di Zouk di sini, Selasa. 

Dalam pada itu, Neelofa berkata dia ada mendapat beberapa tawaran berlakon filem bersama Fattah sebelum ini malah pernah menghadiri sesi bacaan skrip.

Bagaimanapun katanya, projek berkenaan ditangguhkan selepas berlaku kontroversi melibatkan hubungan mereka. 

"Ada beberapa tawaran filem bertemakan cinta untuk kami malah pernah menghadiri dua sesi bacaan skrip untuk melihat kesesuaian watak. 

"Namun projek itu ditangguhkan selepas kontroversi melibatkan kami menjadi kecoh sebelum ini," ujarnya. 

Fattah Amin

Sementara itu, bercakap mengenai lima pencalonan diterimanya pada AME2017, Neelofa berkata, dia bersyukur namun tidak mengharapkan kemenangan. 

Pencalonan itu juga adalah tempias daripada populariti Suri Hati Mr. Pilot yang sehingga kini masih belum reda. 

"Sebenarnya memang saya tidak menyangka dapat lima pencalonan tetapi ini adalah penghargaan daripada peminat. 

"Kalau mereka rasa saya layak untuk menang saya bersyukur dan pencalonan ini juga kesan daripada populariti Suri Hati Mr. Pilot," ujarnya. 

Neelofa dicalonkan menerusi kategori Hos MeleTOP, Fesyen MeleTOP, Bintang Online MeleTOP, Pelakon TV MeleTOP dan Program MeleTOP menerusi rancangan Taste Selebriti (episod Neelofa).

Dia juga turut bertindak sebagai hos acara itu bersama Nabil Ahmad dan Johan. 

AME2017 bakal diadakan pada 23 April depan di Stadium Malawati Shah Alam, dekat sini.


Tags / Kata Kunci: Neelofa , Fattah Amin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan