Janna Nick Tak Kejar Pengiktirafan Sebagai Penyanyi

Diterbitkan: Rabu, 29 Mac 2017 6:29 AM

Janna Nick bakal tampil dengan single keduanya yang berjudul Lena Yang Tenang.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Janna Nick tidak mengejar pengiktirafan sebagai penyanyi walaupun dia bakal tampil dengan single kedua berjudul Lena Yang Tenang  tidak lama lagi.

Sebaliknya kata Janna, dia menghasilkan lagu itu kerana minat dalam bidang nyanyian selain memenuhi permintaan peminat selepas lagu pertamanya, Mungkin Saja mendapat sambutan baik.

"Insya-Allah dalam masa terdekat ini saya bakal tampil dengan single kedua khas buat peminat dan lagu itu santai dan tidak mencabar vokal pun.

"Kejayaan lagu sebelum ini juga sehingga berjaya mendapat tempat di separuh akhir Muzik-Muzik tahun lalu membuatkan saya bersemangat untuk tampil dengan lagu baru.

Janna bakal muncul dengan filem pertamanya iaitu Kimchi Untuk Awak.

"Tetapi single terbaru ini bukannya saya hasilkan untuk mengejar anugerah atau mendapat pengiktirafan kerana paling penting melodinya sedap didengar serta mesra radio," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Janna atau Nurul Jannah Muner, 21, berkata, bagi memastikan dia berpuas hati dengan hasil lagu itu dia bertindak sendiri sebagai penulis lirik dengan bantuan Ippo Hafiz sebagai komposer.

Kata Janna, selain dapat mempelajari selok-belok penerbitan dan penulisan lagu dia dapat memberi sentuhan istimewa khas buat peminat.

"Saya boleh sahaja serahkan bulat-bulat kepada Ippo dan hanya menyanyi tetapi saya tidak mahu memilih cara itu sebaliknya ingin terlibat sama dalam pembikinan Lena Yang Tenang.

"Tambahan pula saya senang bekerja dengan Ippo kerana dia boleh menerima kritikan jika ada perkara yang saya tidak puas hati dan sebaliknya.

"Mungkin usia kami tidak jauh berbeza jadi jurang itu tiada dan membuatkan kami senang bekerjasama," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Janna bakal muncul dengan filem pertamanya iaitu Kimchi Untuk Awak selain kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri berjudul Dia bersama pelakon Indonesia, Irwansyah.

"Kimchi Untuk Awak adalah filem pertama saya dan walaupun hanya memegang watak pembantu namun ia pengalaman yang cukup berharga buat diri saya sebagai pelakon.

"Diharap filem itu nanti akan mendapat sambutan yang luar biasa daripada penonton kerana filem komedi romantik sentuhan pengarah Michael Ang itu cukup menghiburkan," ujarnya.

Kimchi Untuk Awak turut membariskan pelakon seperti Emma Maembong, Aiman Hakim Redza, Sharifah Sakinah, Dira Abu Zahar dan Normah Damanhuri itu akan berada di pawagam bermula Khamis ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan