Redza Rosli Jarang Bersosial Bersama Rakan

Diterbitkan: Selasa, 28 Mac 2017 6:30 AM

Redza Rosli memberitahu dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Redza Rosli memberitahu jarang dapat peluang bersosial bersama teman-temannya kerana kebanyakan masanya dihabiskan di lokasi penggambaran.

Kata Redza atas sebab itu juga dia masih belum mempunyai teman istimewa walaupun pernah dikaitkan dengan beberapa wanita termasuk aktres Ayda Jebat baru-baru ini.

"Kalau hendak diikutkan dahulu lepas habis penggambaran sahaja saya memang selalu lepak dengan kawan-kawan sehingga dua atau tiga pagi.

"Tetapi sekarang jarang dapat berbuat demikian kerana kesibukan bekerja dan saya akan terus pulang ke rumah kerana keletihan.

"Rindu juga hendak berjumpa kawan-kawan dan jika ada kesempatan dan masa terluang memang akan habiskan masa bersama mereka," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Redza berkata, dia jarang menghabiskan masa diluar kerana ingin berehat terutamanya jika dia diberikan watak berat.

Katanya, selain rehat yang mencukupi dia mahu tampil di set penggambaran dalam keadaan segar dan bersedia.

Redza banyak dapat nasihat daripada artis lebih senior.

"Dulu kalau saya lepak lepas penggambaran, esoknya memang saya jadi tidak bermaya selain lupa skrip dan ia menjejaskan kredibiliti saya sebagai pelakon.

"Sebab itu saya akan pastikan lepas habis kerja terus balik supaya ia tidak menganggu prestasi di lokasi," ujarnya.

Sementara itu, Redza berkata, nasihat daripada rakan-rakan artis yang lebih senior juga banyak mempengaruhinya dalam mengubah rutin hariannya.

Redza memberitahu dia mengambil semua nasihat itu kerana ia adalah untuk kebaikkan dirinya dalam menjadikan dia seorang pelakon dihormati suatu hari nanti.

"Saya bertuah kerana sering dikelilingi oleh artis-artis senior yang tak lokek ilmu dan nasihat.

"Alhamdulillah banyak nasihat berguna yang saya praktikkan dan salah satunya adalah terus balik ke rumah selepas penggambaran dan berehat.

"Mereka sering beritahu saya agar dapatkan rehat yang cukup kerana ia penting dalam menunjukkan prestasi ketika di set penggambaran," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Redza bakal muncul dengan drama bersiri Ku Kirim Cinta yang mengandingkannya bersama Ayda Jebat.

Ku Kirim Cinta arahan Raja Alauddin bakal disiarkan menerusi slot Akasia TV3 pada bulan Ramadan nanti.

Selain Ayda dan Redza ia turut dibintangi oleh Fahad Iman, Roy Azman, Zarina Zainuddin, Wilma Muhammad dan Shahrolnizam.

Tags / Kata Kunci: Redza Rosli

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan