Kirstie Maximus Mahu Tembus Muzik Melayu

Diterbitkan: Selasa, 28 Mac 2017 6:30 AM

Kirstie Maximus mengimpikan untuk memenangi anugerah dalam bidang muzik. -foto SADIQ SANI / The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima tahun bergiat aktif dalam bidang muzik menjadikan penyanyi Kirstie Maximus lebih yakin untuk menembusi pasaran Melayu menerusi single berjudul Kembali X.

Menurut Kirstie, 27, dia mengambil masa lebih setahun untuk menyiapkan lagu ciptaannya itu demi memenuhi citarasa tempatan.

Kirstie Maximus sebelum ini pernah muncul dengan dua buah lagu Inggeris.

"Saya mahu keluar dari zon selesa dan buat sesuatu yang berbeza.

"Apabila saya ambil keputusan untuk buat lagu Melayu, saya impikan lagu berentak balada dengan lirik yang jiwang," katanya kepada mStar Online.

Kirstie ditemui pada majlis pengenalan lagu dan muzik video Kembali X yang dinyanyikan secara duet bersama penyanyi Evelyn Feroza di Le Noir, Trec di sini, Isnin.

Sebelum ini Kirstie pernah menghasilkan dua buah lagu berbahasa Inggeris berjudul Rockabye X dan Alright X.

Kirstie juga berkebolehan sebagai penyanyi rap selain aktif sebagai deejay di kelab malam.

Ditanya mengapa buah tangan pertamanya dalam bahasa Melayu itu ditampilkan secara duet, Kirstie berkata dia sengaja mahu membawa kelainan menerusi lagu tersebut.

"Saya tak mahu sesuatu yang tipikal, cipta lagu dan nyanyikan begitu sahaja. Saya sudah cipta dua lagu Inggeris. Jadi untuk projek lagu Melayu ini saya mahu citarasa yang lain iaitu dengan berduet.

"Malah saya yakin Evelyn mempunyai suara yang menarik. Oleh itu mengapa tidak saya pilih dia sebagai rakan duet dan ternyata dia berjaya berikan kelainan menerusi lagu ini," katanya.

Kemantapan vokal Evelyn (kiri) diyakini mampu melonjakkan lagu Kembali X ciptaan Kirstie.

Selain itu ditanya mengenai harapannya untuk menembusi pasaran muzik terbuka secara komersial, Kirstie berkata dia mahu rakyat Malaysia memberi peluang kepada pendatang baharu sepertinya.

"Saya harap rakyat Malaysia hargai muzik yang saya bawa. Saya mahu ke Anugerah Industri Muzik (AIM) dan memenangi anugerah seperti penyanyi-penyanyi lain," katanya.

Lagu Kembali X dendangan Kirstie dan Evelyn kini boleh didapati melalui Spotify dan iTunes serta YouTube.

Tags / Kata Kunci: Kirstie Maximus

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan