"Impian Jadi Heroin Sudah Berkubur" - Shakilla Khoriri

Diterbitkan: Selasa, 28 Mac 2017 6:00 AM

Shakilla mahu terus berada dalam bidang seni walaupun sekadar diberi peranan sebagai pelakon pembantu. -foto HAZIM FAUZI / The Star

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas lebih sedekad bergiat aktif dalam bidang seni, pelakon Shakilla Khoriri akhirnya menerima hakikat bahawa bakatnya kurang dihargai produksi dan stesen televisyen tempatan.

Malah menurut Shakilla, 28, dia sudah lama putus harapan untuk melakonkan watak utama apabila menyedari tidak memiliki penampilan menarik seperti pelakon wanita lain yang seangkatan dengannya.

"Dulu harapan itu sangat berkobar-kobar. Semua pelakon akan tanam hasrat nak jadi heroin.

Syakilla bersyukur masih ada pihak yang percaya dengan bakat lakonannya.

"Tapi sekarang saya akur, kecewa, putus harapan malah terduduk. Akhirnya saya katakan pada diri kalau nak terus berada dalam industri, saya perlu terima kehendak dan permintaan penonton," katanya kepada mStar Online.

Shakilla banyak menghiasi drama bersiri di televisyen menerusi watak antagonis seperti Adam & Hawa, Anakku Diva, Jasmine, Andai Itu Takdirnya dan banyak lagi.

Terbaharu Shakilla tampil dengan drama bersiri terbaru berjudul Sape Dari Itali di TV2.

Tambah Shakilla atau Nur Shakilla Mohamad Khoriri, sungguhpun wajah dan penampilannya dianggap tidak layak untuk membawakan watak utama, dia yakin dengan bakat lakonan yang ada padanya.

"Sudah 11 tahun saya dalam industri ini, saya belajar banyak perkara. Sebab itu saya berani katakan bahawa saya boleh berlakon.

"Bukan nak puji diri sendiri. Tapi setiap kali saya masuk set pengambaran, itulah masa saya belajar tentang selok belok lakonan. Jadi musthail selepas 11 tahun, saya tak boleh berlakon," katanya.

Bagaimanapun jelas Shakilla, dia memilih untuk terus mewarnai dunia seni tempatan kerana minatnya yang begitu mendalam.

"Bagi saya harapan untuk bawa watak heroin sudah terkubur. Alhamdulillah sehingga kini masih ada produksi yang mahu ambil saya sebagai pelakon.

"Biarpun tak bawa watak utama, tapi orang tahu saya boleh berlakon. Pada usia begini, saya sudah tak kisah jika diberi watak apa pun. Bagi saya watak utama tak bawa saya ke mana-mana.

"Tak guna bawa watak utama tapi tak beri kesan kepada penonton. Hal itu bagi saya adalah peluang yang sia-sia," katanya.

Tags / Kata Kunci: Shakilla Khoriri

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan