Anak Angkat Azharina Bertarung Nyawa Akibat Demam Panas

Diterbitkan: Isnin, 27 Mac 2017 4:12 PM

Azharina memuat naik gambar dan perkembangan terbaharu anaknya, Rizqie yang kini berada dalam keadaan kritikal. Foto Instagram @azharina_a

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anak angkat kepada penyanyi Azharina iaitu Rizqie Azharin Azhar, yang baru berusia 22 hari kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan selepas diserang demam panas pada Ahad.

Azharina menerusi Instagram miliknya memberitahu keadaan Rizqie kini berada dalam keadaan kritikal termasuk mengalami pendarahan otak manakala kedua-dua buah pinggangnya rosak.

"Semasa saya bawa dia ke hospital selepas persembahan di Hard Rock Cafe dia masih boleh bernafas namun sekarang hanya bergantung kepada mesin oksigen malah jantungnya juga di pam.

Rizqie kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya dekat sini.

"Selain pendarahan otak, buah pinggang kiri dan kanan sudah rosak, darah dia juga menunjukkan asid yang tidak sesuai untuk manusia terus hidup," tulisnya.

Azharina bersama Rizqie (dalam pangkuan) dan anak angkat pertamanya, Rahmat. 

Dalam pada itu, Azharina memberitahu hatinya hancur melihat keadaan anaknya itu dan memohon agar diberi ruang untuk bersama bayinya itu.

"Saya sudah tidak berdaya dan mohon bagi saya masa menguruskan anak sehingga saat akhirnya.

"Sebagai ibu hati saya hancur dan sedih kerana saya adalah ibu dan ayah buat anak-anak tetapi saya juga seorang wanita rapuh dan tidak sempurna.

"Hanya doa dan air mata yang ada buat masa ini dan maafkan saya kerana tidak menjawab panggilan sebab kini berada di hospital," katanya.

Selain Rizkie, Azharina turut mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Rahmat Azharin Azhar Abdullah yang kini berusia 3 tahun.

Tags / Kata Kunci: Azharina , Azharin Azhar

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan