Uqasha Senrose Minta Maaf Isu Pegang Tangan Shah Iskandar

Diterbitkan: Ahad, 26 Mac 2017 6:00 AM

Uqasha Senrose tidak mahu wujud salah faham selepas gambarnya tersebar. Foto ihsan IG Uqasha Senrose.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Uqasha Senrose memberitahu dia sudah menyampaikan pesanan meminta maaf kepada isteri Shah Iskandar selepas gambar berpegangan tangan dengan aktor itu dalam sebuah majlis tular di media sosial.

Uqasha, 25, berkata, tindakan itu bagi mengelak rasa kurang senang atau salah faham yang boleh menjejaskan hubungan rumah tangga pelakon gandingannya dalam drama Syurgaku Tak Sempurna.

"Saya ada menyampaikan pesanan melalui Shah kepada isterinya bahawa saya meminta maaf dan minta dia jelaskan perkara sebenar pada majlis berkenaan, saya tiada apa-apa hubungan dengan suami dia.

"Saya tidak mahu perkara ini menimbulkan perasaan tidak senang terhadap saya. Shah sudah beritahu isterinya tentang itu dan dia juga faham situasi kami," ujarnya kepada mStar Online.


Foto Uqasha dan Shah Iskandar yang menimbulkan kontroversi.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen mengulas tentang kontroversi foto berpegangan tangan dengan aktor berkenaan di sebuah majlis hiburan hingga mengundang kritikan netizen di media sosial.

Selain itu, tambah Uqasha dia terkilan apabila orang ramai menjadikan perkara itu sebagai satu isu yang besar.

"Saya hairan kerana hanya kami yang dijadikan isu sedangkan ada pasangan lain di situ yang berjalan rapat dan mesra juga.

"Saya dan Shah banyak kali digandingkan bersama, saya juga hormat dia sebagai suami orang. Bila perkara ini berlaku saya jadi segan dengan isteri dia," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang kritikan yang diterima, Uqasha berkata dia sudah lali dan enggan terlalu mengambil peduli tentang kritikan masyarakat terhadap dirinya.

Tags / Kata Kunci: Uqasha Senrose , Shah Iskandar

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan