Rahim (Joras) Terima Teguran Lawak Lucah Di MLM

Diterbitkan: Sabtu, 25 Mac 2017 5:00 AM

Rahim terima teguran positif - Hazim Fauzi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak Rahim yang menganggotai kumpulan Joras dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2017 mengakui menerima teguran daripada beberapa pihak berkaitan lawak berunsur lucah pada persembahan mereka.

Rahim berkata, Kumpulan yang turut dianggotai oleh pelawak Shuk dan Joey itu juga kini lebih berhati-hati dan mengelakkan perkataan yang boleh membawa maksud berbeza. 

"Persembahan dua minggu lalu memang teruk kami kena tegur dengan peminat, pihak produksi dan netizen kerana banyak perkataan yang terpaksa dipotong.

"Saya sudah meminta maaf secara terbuka kepada mereka yang tersinggung dengan cara kami berlawak. Selepas itu kami juga pastikan tidak akan berulang lawak-lawak sedemikian," ujarnya kepada mStar Online.

Rahim akan bersama Siti Sarah dan Shuib Sepahtu dalam majlis Minggu Setiausaha Menara KL.

Rahim ditemui pada majlis sidang media Minggu Setiausaha Menara KL Bersama Siti Sarah dan Shuib Sepahtu yang akan berlangsung pada 13 April depan.

Dalam pada itu, Rahim berkata, dia menerima secara terbuka dan positif kritikan dan komen yang diberikan kepadanya.

"Saya tidak ambil hati dengan kritikan dan teguran mereka tentang persembahan saya. Saya akan ambil secara positif dan memperbaiki persembahan kami.

"Kalau mereka tegur bermakna mereka juga mengikuti perkembangan saya," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang kolaborasi bersama Joras, biarpun namanya sudah sebati dengan kumpulan lawak terkenal Sepahtu, Rahim berkata, dia menganggap ia sebagai cabaran buat dirinya.

"Saya tahu nama saya sudah besar bersama kumpulan Sepahtu dan apabila bersama Joras ia seperti menurunkan taraf saya sendiri.Namun bagi saya itu adalah risiko yang saya ambil untuk membawa kumpulan ini.

"Saya bernasib baik kerana mudah untuk bekerjasama dengan mana-mana pelawak," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Rahim Sepahtu , MLM 2017

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan