Ambil Masa 10 Tahun, Zamil Idris Akui Belum Terlambat

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mac 2017 6:15 AM

Zamil Idris

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas peserta Malaysian Idol musim pertama, Zamil Idris memberitahu masih belum terlambat untuk dia berada dalam dunia seni walaupun terpaksa menunggu 10 tahun memiliki lagu sendiri.

Zamil, 39, bagaimanapun mengakui  persaingan yang dia hadapi ketika ini agak sengit dan mencabar.

"Sepuluh tahun bukannya satu jangka masa yang pendek namun tidak terlambat untuk saya terus meletakkan harapan memiliki lagu sendiri suatu hari nanti.

"Akhirnya Allah makbulkan doa saya pada tahun 2015 dengan terciptanya sebuah single berjudul 'Pesanan Terakhirmu' ciptaan Hazami yang ditujukan untuk arwah ayah saya.

"Tahun 2017 pula menyusul single kedua berjudul 'Keranamu' ciptaan Azlan Abu Hassan yang saya sifatkan sebuah lagu taruhan dalam usaha menjenamakan nama saya," katanya kepada mStar Online.

Zamil

Zamil ditemui pada sesi ramah mesra bersama media anjuran Cloudworks Record di Grind22 Cafe, Bangsar, baru-baru ini.

Dalam pada itu kata Zamil, jika diikutkan sebelum ini dia pernah merakamkan sebuah single ciptaan seorang komposer, namun terpaksa ditolak kerana ia kurang berkualiti.

"Sebagai permulaan, pastinya saya mahukan sebuah karya yang mampu memperkenalkan identiti saya dalam industri dan dalam kes lagu itu, ia bukanlah  produk yang harus saya promosikan. Bimbang akan mendatangkan impak tidak bagus,” katanya.

Sementara itu mengenai strategi yang bakal dilakukan  kata bekas pengacara rancangan 'Hello On 2' ini, dia berhasrat untuk aktif menggunakan aplikasi nyanyian atas talian Smule sebagai langkah promosi.

"Selain membuat cover version di YouTube, saya tahu aplikasi Smule antara medium popular yang digunakan untuk berkongsi bakat namun saya akui agak terlambat menggunakan platform itu dan berhasrat memulakannya sedikit waktu lagi," ujarnya.

 

Tags / Kata Kunci: Zamil Idris

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan