"Aaisyah Lebih Tertarik Alat Solek Berbanding Permainan" – Che Ta

Diterbitkan: Khamis, 23 Mac 2017 6:35 AM

Che Ta bersama anaknya Aaishah pada sidang media pelancaran program Little Princess Aaisyah. Foto SADIQ SANI

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Rozita Che Wan memberitahu anak perempuannya iaitu Aaisyah Dhia Rana tidak berminat untuk bermain dengan alat permainan yang kebiasaan disukaikanak-kanak seusianya.

Sebaliknya kata Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, Aaisyah yang berusia dua tahun empat bulan lebih berminat dengan barang-barang seperti alat solek, tas tangan dan kasut.

"Jika hendak diikutkan banyak permainan yang saya beli untuknya tetapi dia memang tak berminat.

"Tapi kalau beg, kasut, gincu dia memang suka sangat sehingga saya memang tak boleh bawa dia ke kedai beg tangan kerana semua benda dia nak suruh beli," katanya kepada mStar Online.

Che Ta, 44, ditemui pada sidang media pelancaran program realiti yang menampilkan Aaisyah iaitu Little Princess Aaisyah di sini, Rabu.


Penolong Naib Presiden Perniagaan GEN NEXT Astro, Mohd Irwan Abdul Rau (kiri) bersama Rozita dan anaknya Aaishah Dhia Rana. 

Rancangan itu bakal menemui penonton bermula 12 April depan setiap hari Rabu pada pukul 9 malam.

Ia akan disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Disebabkan perkara itu, Rozita berkata dia mengupah seorang guru ke rumahnya untuk bermain dengan Aaishah menggunakan alat permainan kanak-kanak.

Kata Che Ta, bantuan profesional itu banyak membantu dalam mengenal pasti kaedah yang betul dalam menarik perhatian Aaisyah untuk bermain seperti kanak-kanak lain.

"Cikgu itu datang sekali seminggu hanya untuk bermain dengan Aaisyah dan sambil-sambil itu pun banyak juga maklumat yang saya dapat demi kebaikannya.

Comel...Aaisyah muncul dengan program realitinya sendiri. 

"Alhamdulillah reaksinya sangat positif kerana pada usianya sekarang dia cepat ikut dan bertindak balas terhadap apa yang didengar dan lihat," katanya.

Dalam pada itu, Che Ta menyifatkan tawaran Aaisyah tampil menerusi program realitinya sendiri sebagai rezeki selain dapat berkongsi kehidupan dan perkembangan seharian anaknya itu bersama peminat.

"Walaupun saya sering memuat naik gambar dan video Aaisyah di Instagram tetapi ia tidak menggambarkan secara keseluruhan diri anak saya itu.

"Menerusi program ini banyak perkara eksklusif dan menarik yang akan dipaparkan tentang kehidupan sehariannya dengan penonton.

"Pada saya ini adalah rezekinya namun tidaklah semua perkara kita dedahkan kepada umum," katanya.

Che Ta bersama anak-anaknya.

Sementara itu, Che Ta berkata, dia tidak dapat membendung tanggapan negatif masyarakat jika ada yang beranggapan tindakannya itu tidak patut dilakukan.

Paling penting niatnya untuk berkongsi pengalaman dan tip membesarkan Aaisyah kepada penonton.

"Ini rezeki Aaisyah dan sekurang-kurangnya pendapatan daripada program ini dapat saya simpan dalam akaunnya untuk kegunaan dia pada masa depan.

"Saya harap program ini bukan sahaja menghiburkan dengan aksi Aaisyah yang lincah tetapi dapat memberi manfaat kepada ibu-bapa menerusi perkongsian tip daripada saya dan suami.

"Perkara-perkara negatif itu memang tidak dapat dielakkan dan jika kita mahu fokus hanya kepada apa orang cakap memang tak akan jadi apa," katanya.

Tags / Kata Kunci: Rozita Che Wan , Che Ta , Aaisyah Dhia Rana

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan