Tiada Peserta Lelaki Semenanjung Dalam 'Rockanova'

Diterbitkan: Rabu, 22 Mac 2017 12:01 AM

Peserta dan artis yang terlibat dalam Rockanova. Foto SADIQ SANI

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat peserta lelaki dari Sabah dan seorang berasal dari Sarawak dipilih sebagai 10 peserta program realiti terbaharu terbitan Astro iaitu Rockanova. 

Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, ketiadaan peserta lelaki daripada Semenjung hanyalah satu  kebetulan dan mereka yang dipilih berdasarkan kelayakan dan bakat. 

"Uji bakat peserta pada peringkat awal dilakukan secara dalam talian dan kami membuat saringan daripada 2,000 yang menghantar permohonan. 

"Ketiadaan peserta lelaki dari Semenanjung adalah secara kebetulan dan semua peserta lelaki yang terpilih dari Sabah dan Sarawak adalah yang paling terbaik," katanya kepada mStar Online. 

Raqim ditemui pada sidang media memperkenalkan 10 peserta akhir Rockanova di sini, Selasa. 

Empat peserta lelaki dari Sabah adalah Pijoe, 27, Erman (32), JR (27), Ozil (30) dan Eme (31) pula dari Sarawak.

Para peserta Rockanova. 

Lima peserta wanita pula ialah Mel, 33, Dayah (25), Zarith (24), Dian (36) dan Yan (32). 

Ia turut disiarkan menerusi saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135). 

Dalam pada itu, Raqim berkata, walaupun ada di antara peserta mempunyai pengalaman mengadakan persembahan namun ia bukan bererti mereka memperoleh banyak peluang untuk menyerlah. 

Jelasnya faktor itu tidak memberi kelebihan kepada mereka sebaliknya semua peserta akan diadili secara adil menerusi 70 peratus markah daripada juri profesional dan selebihnya undian penonton. 

"Bukan semua peserta yang ada pengalaman mengadakan persembahan sebelum ini mempunyai kelebihan berbanding peserta lain," jelasnya. 

Bercakap mengenai pemilihan Sherry Alhadad dan Alif Satar sebagai hos, Raqim berkata, pihaknya ingin menampilkan kelainan selain personaliti mereka yang mampu menghidupkan program itu.

Alif Satar dan Sherry Alhadah akan menjadi hos Rockanova.

"Sherry seorang yang menyeronokkan dan Alif pula memang banyak pengalaman dalam pengacaraan. 

"Ia akan menjadi gabungan yang belum pernah dilihat di antara Sherry dan Alif dan kami yakin ia akan menarik perhatian penonton," ujarnya. 

Rockanova menggandingkan tiga ikon dunia muzik iaitu  Datuk Awie dan komposer Edry Abdul Halim sebagai juri tetap yang akan menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang ditetapkan. 

Sementara itu penyanyi Datuk Hattan pula akan bertindak sebagai guru vokal dan persembahan. 

Rockanova bakal bersiaran selama lapan minggu secara langsung bermula 29 Mac ini, pukul 9 malam di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.

 

Tags / Kata Kunci: Rockanova

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan