Rebut Tiket Percuma Tonton 'La La La La At Rock Bottom'

Diterbitkan: Rabu, 22 Mac 2017 11:29 AM

Antara adegan dalam "La La La La At Rock Bottom"

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peminat filem Jepun La La La La At Rock Bottom boleh merebut tiket eksklusif  percuma untuk menyertai previunya yang akan diadakan di GSC Mid Valley dekat sini pada pada 30 Mac ini.

Filem ini bakal ditayangkan pada 6 April depan di beberapa pawagam terpilih seperti GSC Mid Valley, GSC Pavilion KL, GSC 1 Utama dan GSC Gurney Plaza, Pulau Pinang.

MStar Online dengan kerjasama GSC ingin memberikan 60 tiket untuk menonton previu filem ini di GSC Mid Valley pada pukul 9 malam.

Tiket percuma boleh dituntut dengan menunjukkan cetakan skrin (snapshot) artikel ini ke GSC Mid Valley, Kuala Lumpur mulai pukul 10 pagi, 24 Mac sehingga 30 Mac ini di kaunter Priority Lane.


Setiap individu layak memperoleh dua tiket bagi setiap penebusan dengan konsep siapa cepat dia dapat.

La La La At Rock Bottom mengetengahkan bakat luar biasa pengarah Nobuhiro Yamashita yang pernah menghasilkan filem Linda, Linda, Linda dan Tamaki in Moratorium.

Filem romantik komedi ini mengisahkan Kasumi (Fumi Nikaido), yang mengambil Shigeo (Subaru Shilbutani) sebagai penyanyi utama band Kasumi. 

Namun Shigeo mangalami masalah amnesia iaitu hilang ingatan namun sebelum ia pulih, keadaan itu membahayakan kumpulan yang disertainya.

Barisan pelakon filem ini adalah Subaru Shibutani, Fumi Nikaido, Sarina Suzuki dan Kawahara Katsumi.

Untuk maklumat lanjut tentang filem La La La At Rock Bottom sila layari www.gsc.com.my.
Tags / Kata Kunci: La La La La At Rock Bottom

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan