Hafiz Hamidun Selamat Bertunang, 1 Mei Tarikh Nikah

Diterbitkan: Rabu, 22 Mac 2017 3:53 PM

Pertunangan Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa

  • 1 of 9
  • Hafiz Tunang 1

    Ibu Hafiz, Laila Sarji menyarungkan cincin ke jari Joy Revfa. -foto AIMAN ARIFUDDIN

  • Hafiz Tunang 2

    Joy turut ditemani ibunya, Sofia Abbas (kanan). -foto AIMAN ARIFUDDIN

  • Hafiz Tunang 3

    Hafiz Hamidun bakal melangsungkan pernikahan dengan Joy Revfa pada 1 Mei depan. -foto AIMAN ARIFUDDIN

  • Hafiz Tunang 4

    Pelamin khas pada majlis pertunangan Joy Revfa dan Hafiz Hamidun. -foto AIMAN ARIFUDDIN

  • Hafiz Tunang 5

    Joy bersama bakal mertuanya, Laila Sarji. -foto AIMAN ARIFUDDIN

  • Hafiz Tunang 6

    Cincin pertunangan yang diberikan Hafiz kepada Joy Revfa. -foto AIMAN ARIFUDDIN

  • Hafiz Tunang 7

    Joy Revfa merupakan pengasas produk kosmetik MERVE. -foto AIMAN ARIFUDDIN

  • Hafiz Tunang 8

    Barangan hantaran yang diberikan Joy kepada Hafiz. -foto AIMAN ARIFUDDIN

  • Hafiz Tunang 9

    Joy Revfa mengharapkan perkahwinan keduanya nanti berkekalan hingga ke akhir hayat. -foto AIMAN ARIFUDDIN

x
(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penyanyi Hafiz Hamidun selamat mengikat tali pertunangan dengan pengasas kosmetik, Joy Revfa dalam satu majlis khas di sini kira-kira pukul 3.20 petang Rabu.

Ibu Hafiz, Laila Sarji, 54, menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Joy yang kelihatan anggun mengenakan busana berwarna peach (kuning kemerah-merahan).

Hafiz, 33, yang memakai baju Melayu daripada rona yang sama menyerahkan lima dulang berbalas tujuh dulang hantaran kepada Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin.

Joy Revfa (tengah) bakal menjadi suri kepada Hafiz Hamidun.

Menurut Hafiz, dia dan Joy, 30, akan melangsungkan majlis pernikahan pada 1 Mei depan bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

"Selepas beberapa kali gagal dalam percintaan, saya yakin Joy adalah wanita yang sesuai sebagai suri hati.

"Dia mempunyai aura sebagai wanita yang tabah mengharungi kehidupannya selama ini," katanya.

Joy yang sebelum ini pernah berkahwin mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.

Majlis pertunangan yang diadakan di The Venue Shah Alam ini dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Tags / Kata Kunci: Hafiz Hamidun

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan