Siti Saleha Jelajah Eropah Sebelum Jadi Isteri Orang

Diterbitkan: Selasa, 21 Mac 2017 6:56 AM

Siti Saleha menyerahkan sepenuhnya urusan persediaan majlis bersejarahnya kepada perunding perkahwinan. -foto KAMARUL ARIFFIN / The Star

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Berbaki beberapa bulan sebelum menamatkan zaman bujang, pelakon Siti Saleha merancang untuk bercuti ke luar negara bersama beberapa rakan wanitanya.

Menurut wanita kacukan Melayu-Inggeris itu, dia bakal menjelajah ke beberapa buah negara di Eropah sebelum umat Islam menyambut Ramadan pada penghujung Mei depan.

"Percutian kali ini lebih istimewa sebelum saya berkahwin. Saya nak luangkan masa bersama rakan-rakan.

Siti Saleha bersama tunangnya, Lutfi Azhar. -foto Instagram @sallywho

"InsyaAllah kami akan ke Eropah selama tiga minggu bermula awal Mei nanti," katanya kepada mStar Online.

Pada 26 November tahun lalu Siti Saleha, 27, bertunang dengan Lutfi Azhar, 31, seorang pegawai kerajaan.

Pasangan itu merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan selepas Aidilfitri nanti.

Bercerita mengenai persediaan majlis perkahwinannya, Siti Saleha Mohd Baharum ini berkata dia menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada perunding perkahwinan.

"Saya sangat teruja. Tapi persediaan daripada saya sendiri sangat perlahan, lokasi pun belum ditetapkan lagi.

"Kami harapkan perunding perkahwinan akan selesaikan semuanya," ujar Siti Saleha.

Sehubungan itu menurut Siti Saleha, dia terpaksa membataskan penglibatannya dalam bidang seni sementara menunggu hari bahagiannya pada hujung Julai depan.

"Saya tak boleh terima tawaran drama bersiri kerana ia memerlukan komitmen masa yang lama.

"Tapi insyaAllah pada April ini saya akan terlibat dengan dua telefilem," katanya.

Tags / Kata Kunci: Siti Saleha

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan