Dilantik Duta Produk, Fasha & Fahrin Tidak Tipu Peminat

Diterbitkan: Selasa, 21 Mac 2017 7:21 PM

Fahrin dan Fasha menjadi duta produk LeRVE selama setahun. FOTO: AIMAN ARIFUDDIN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas berpuas hati dengan kualiti rangkaian produk LeRVE, pelakon Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad akhirnya bersetuju untuk menggalas tugas sebagai duta produk kosmetik dan kecantikan itu.

Menurut mereka, tugas sebagai duta produk merupakan tanggungjawab besar terutamanya melibatkan kredibiliti mereka sebagai selebriti yang dikenali ramai.

Bagi Fasha, dia mengambil masa hampir dua minggu sebelum membuat keputusan untuk menerima tawaran sebagai duta gincu bibir - LeRVE Matte Lips Cream.

"Saya tak terima tawaran ini begitu sahaja, saya minta kepada mereka tempoh untuk cuba dahulu produk yang ditawarkan.

"Selepas berpuas hati… saya sukakannya. Sebab itu saya terima tawaran yang diberikan. Lagi pun saya tak mahu peminat saya tertipu kononnya saya hanya duta produk tapi tak pakai produk ini," katanya kepada mStar Online.


Azlin Hilda Abdul Razak (dari kiri) bersama Faharin Ahmad, Fasha Sandha dan Nuraida Sharif.

Kedua-dua artis ini ditemui pada majlis pelancaran rangkaian produk LeRVE di Sunway Putra Hotel di sini, Selasa.

Mereka mengikat kontrak sebagai duta produk itu selama setahun.

Sementara itu Fahrin yang dilantik sebagai duta minyak wangi LeRVE bagi lelaki dan wanita berkata, dia turut berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat kecantikan berkenaan.

LeRVE Cosmetic & Beauty diasaskan dua usahawan wanita iaitu Azlin Hilda Abdul Razak dan Nuraida Sharif.

Kata mereka, pemilihan Fasha dan Fahrin kerana mempunyai aura dan personaliti yang disenangi dalam industri hiburan.

Tags / Kata Kunci: Fasha Sandha , Fahrin

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan