Yana Samsudin Bawa Anak Ke Lokasi Penggambaran

Diterbitkan: Isnin, 20 Mac 2017 6:30 AM

Yana memberitahu akan membawa anaknya, Aisy Mateen ke mana sahaja dia pergi termasuk lokasi penggambaran. Foto SHAARI CHE MAT

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Yana Samsudin memberitahu sentiasa membawa anaknya, Aisy Mateen yang kini berusia lapan bulan ke mana sahaja dia pergi termasuk ke lokasi penggambaran.

Yana berkata, dengan pelbagai kes melibatkan penderaan kanak-kanak sejak akhir-akhir ini membuatkan dia bimbang untuk menghantar anak lelakinya itu ke rumah pengasuh atau pun taska.

"Saya memang tak pernah tinggalkan dia dengan sesiapa dan akan sentiasa membawanya ke mana sahaja saya pergi.

"Bukan tidak mahu mencari pembantu atau pengasuh tetapi dengan pelbagai kes penderaan kanak-kanak membuatkan saya takut.

"Saya pun sebenarnya lebih selesa menguruskan Aisy sendiri dengan bantuan suami," katanya kepada mStar Online.

Yana bimbang untuk menghantar anaknya ke taska atau pun rumah pengasuh.

Dalam pada itu, Yana atau Norliana Samsudin, 33, berkata, dia bersyukur kerana Aisy jarang menimbulkan masalah terutama jika dia membawanya ke lokasi penggambaran.

Atas dasar itu juga kata aktres ini, dia terpaksa menolak tawaran lakonan sebagai watak utama kerana tidak mahu berada terlalu lama di set.

"Kalau drama berepisod yang panjang dan memerlukan saya berlakon sebagai watak utama memang buat masa ini saya tolak.

"Walaupun Aisy jarang meragam jika dia ikut saya ke lokasi tetapi seboleh-bolehnya saya tidak mahu dia berada terlalu lama di set.

"Tetapi Alhamdulillah dia macam faham situasi emaknya ini dan dia senang dijaga," katanya.

Tambah Yana, setiap kali mempunyai waktu senggang di antara penggambaran dia akan memastikan Aisy mendapat perhatian daripadanya agar dia tidak berasa diabaikan.

Yana berharap dikurniakan ramai anak.

"Selain melayan karenahnya saya selalu bercakap dengannya walaupun dia masih belum boleh bercakap.

"Saya rasa cara itu membantu membuatkan dia tenang dan rasa disayangi," ujarnya.

Sementara itu, Yana berkata, dia juga bersyukur kerana pihak produksi memahami situasinya dan tidak mempunyai sebarang masalah apabila memberitahu dia membawa anak ke lokasi.

Dalam perkembangan lain, Yana berkata, dia bersedia sekiranya diberikan rezeki untuk hamil lagi kerana dia dan suami, Fadzil Zahari memang mahukan anak yang ramai.

"Usia saya pun bukannya muda lagi, jadi saya memang sentiasa bersedia jika diberikan rezeki anak lagi dalam masa terdekat ini.

"Saya dan suami pun memang mahu anak yang ramai dan kalau boleh mahu setahun seorang. Jika diberkan rezeki anak kembar lagi bagus," katanya.

Tags / Kata Kunci: Yana Samsudin

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan