"Ini Bukan Soal Wang, Tetapi Kualiti" - Hazami

Diterbitkan: Isnin, 20 Mac 2017 6:20 AM

Hazami memberitahu amat mementingkan kualiti dalam sesebuah karya yang diciptanya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Hazami mendedahkan pernah ditawarkan bayaran lumayan daripada artis yang ingin menggunakan khidmatnya sebagai komposer.

Bagaimanapun kata penyanyi berusia 42 tahun ini dia tidak pernah bersikap 'kabur mata' dengan sesuatu tawaran sebaliknya mementingkan potensi dan kesesuaian seseorang artis untuk menyanyikan lagu ciptaannya.

"Sehingga kini saya ada lebih daripada 300 buah lagu dalam simpanan dan saya tidak sewenang-wenangnya memberikan karya ciptaan saya begitu sahaja.

"Sebaliknya saya buat kajian terlebih dahulu berhubung kesesuaian suara denga lagu yang bakal diberikan kepada seseorang penyanyi walaupun mereka tawarkan bayaran lumayan.

"Ini bukan soal wang tetapi paling penting lagu yang dihasilkan berkualiti dan dapat menjadi sebuah karya malar segar," katanya kepada mStar Online.

Hazami ditemui pada majlis santai dan mesra artis bersama media anjuran Cloudworkd Record di Bangsar dekat sini, baru-baru ini.

Hazami memberitahu ramai penyanyi mintanya menciptakan lagu untuk mereka.

Atas dasar itu juga, Hazami memberitahu dia akan berasa tertekan apabila ada rakan-rakan artis memintanya menghasilkan lagu buat mereka kerana amat menitikberatkan soal kualiti dalam penghasilan sesuatu lagu.

"Apabila perlu menghasilkan lagu untuk penyanyi lain saya akan terikat dengan tempoh masa ditetapkan dan itu membuatkan saya tertekan.

"Saya sangat teliti dalam soal kerja kerana ingin memastikan sesuatu karya dihasilkan adalah berkualiti," jelasnya.

Pemilik nama sebenar Norakmal Hazami Ahmad ini berkata lagi, walaupun dia kini dilihat agak menyepi daripada industri seni namun sebenarnya dia sibuk dengan kerja-kerja mengubah dan penerbitan lagu.

"Kebiasaannya waktu malam adalah paling sesuai untuk saya mencari ilham namun sejak kesihatan saya agak merosot baru-baru ini saya perlu tidur awal dan membuat kerja mengubah lagu pada waktu siang.

Hazami bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Maha.

"Apabila bangun pagi selalunya saya akan terus duduk di Piano dan menggubah lagu," katanya.

Sementara itu, Hazami memberitahu akhirnya menyerahkan lagu ciptaannya kepada penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza selepas 10 tahun menanti dia berbuat demikian.

"Saya bersyukur akhirnya saya sudah menyerahkan sebuah lagu kepada Siti Nurhaliza dua minggu lalu selepas hampir 10 tahun beliau minta saya ciptakan lagu untuknya.

"Bagaimanapun saya serahkan kepada pihak Siti untuk menguruskan soal lirik dan berharap agar beliau akan menyukai lagu tersebut," ujarnya.

Tambah Hazami selain Siti, antara penyanyi yang sedang menanti lagu ciptaannya adalah Dayang Nurfaizah, Ir Radzi, Ilyka, Aishah Bujan dan penyanyi Indonesia, Indah Edrea.

Berkongsi tentang perkembangan terbaharunya, Hazami berkata dia bakal tampil dengan single terbaharu yang berjudul Maha.

Tags / Kata Kunci: Hazami , Maha

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan