"Afifah Tak Dapat Kelebihan Daripada Saya" - Anzalna

Diterbitkan: Isnin, 20 Mac 2017 3:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Anzalna Nasir tidak pernah menggunakan pengaruhnya sebagai selebriti bagi mendapatkan tawaran lakonan untuk diberikan adiknya, Afifah Nasir.

Sebaliknya kata Anzalna, dia mahu Afifah berusaha sendiri mencipta nama sebagai pelakon tanpa bantuannya agar adik dia itu dapat mempelajari dari bawah tentang kesukaran untuk berjaya dalam bidang seni.

"Afifah tak pernah dapat sebarang kelebihan hanya kerana dia adik saya untuk mendapat sebarang tawaran lakonan.

"Saya mahu dia belajar dari bawah tentang industri ini daripada bawah dan Alhamdulillah usahanya semakin mendapat perhatian dan mula dikenali kerana bakatnya.

"Saya tidak mahu orang kata dia dapat peluang kerana hubungan kekeluargaan di antara kami dan biarlah dia berusaha sendiri," katanya kepada mStar Online.

Afifah Nasir semakin mendapat tempat dihati peminat. Foto Instagram @afifahnasir

Anzalna juga memberitahu mereka juga jarang berbicara tentang soal kerja apabila bertemu kerana tidak mahu mencampur-adukkan soal kerjaya dan ikatan kekeluargaan.

Pun begitu, Anzalna berkata dia pernah memberi nasihat dan tip kepada adiknya itu sebagai pelakon lebih senior daripadanya.

"Kami jarang cakap pasal kerjaya apabila bertemu tetapi sesekali ada juga saya nasihatkan agar sentiasa menjaga nama baik selain memberi tips lakonan kepadanya.

"Tetapi apa yang saya lihat dia memang mempunyai bakat lakonan cuma perlu diberi lebih peluang lebih banyak lagi," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Anzalna berkata, dia bakal terlibat dalam drama bersiri terbaharu iaitu Arluna yang bakal menjalani penggambaran sekitar April ini.

Katanya, drama itu bakal menggandingkannya dengan Saharul Ridzwan dan akan ditayangkan menerusi saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Selain itu, dia juga bakal melancarkan produk kecantikannya dalam masa terdekat ini.

Tags / Kata Kunci: Anzalna Nasir , Afifah Nasir

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan