Zul Ariffin Hantar Terus Barangan Peribadi Dibeli Peminat

Diterbitkan: Ahad, 19 Mac 2017 6:30 AM

Zul bersama beberapa koleksi barangan peribadinya yang ingin dijual kepada peminat. Foto M. AZHAR ARIF

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Zul Ariffin akan menjual beberapa barangan peribadi miliknya yang mempunyai kenangan tersendiri kepada peminat menerusi laman web Carousell.

Lebih menarik kata Zul dia juga bercadang untuk menghantar sendiri barangan yang dibeli kepada peminat sebagai satu kempen dan bentuk penghargaan pembelian bersama laman web itu.

"Saya berbesar hati apabila pihak Carousell menawarkan peluang menjayakan kempen ini dan kebetulan saya sendiri memang banyak barangan peribadi nak dilepaskan.

"Memandangkan buat masa ini saya ada sedikit kelapangan, jangan terkejut sekiranya anda lihat saya sendiri menghantar barangan milik saya yang dibeli kepada peminat," katanya kepada mStar Online.

Zul ditemui pada pelancaran kempen bersama Carousell di Damansara di sini, Sabtu.

Peminat bertuah dapat membeli rantai yang pernah digunakan aktor itu dengan harga RM20.

Pada majlis itu pelakon filem J Revolusi itu turut menjual beberapa barangan peribadinya seperti topi, baju-T dan rantai yang digunakan semasa penggambaran iklan Carousell kepada tiga peminat bertuah dengan harga RM20 setiap satu.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Zulkifli Ariffin, 31, ini berkata, barangan dijual menerusi laman web itu mempunyai nilai sentimental tersendiri buat dirinya sepanjang bergelar anak seni.

Meskipun ada koleksi tersebut adalah barangan kesayangannya namun dia cuba untuk 'pejam mata' kerana ingin menawarkan sesuatu yang bersifat eksklusif.

"Barangan yang saya ingin jual kebanyakannya pernah saya gunakan dalam penggambaran drama, filem dan iklan yang mana setiap daripadanya mempunyai memori tersendiri.

"Walaupun pernah digunakan tetapi semua barangan itu masih berada dalam keadaan baik.

Zul bergambar bersama peminat.

"Saya beri peluang peminat untuk menjadi pemilik barangan ini sebagai ucapan terima kasih kepada mereka yang tidak pernah jemu menyokong saya," katanya.

Sementara itu, Zul berkata, kempen ini juga memberi peluang kepadanya mendekatkan diri dengan aktiviti amal dalam membantu golongan memerlukan.

Malah kata Zul, dia akan cuba menyebarkan mesej kepada rakan artis lain untuk turut menjual barangan peribadi mereka menerusi Carousell.

"Saya yakin ramai lagi artis yang ingin menjual barangan peribadi mereka yang mungkin sudah tidak digunakan lagi tetapi tidak tahu caranya.

"Apa yang dilakukan Carousell ini menarik dan saya akan sebarkan maklumat mengenai laman web ini kerana saya percaya mereka juga mempunyai sesuatu untuk dijual kepada peminat," jelasnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Carousell boleh melayari Instagram @carousell.my

Tags / Kata Kunci: Zul Ariffin , Carousell

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan