"Tiada Perancangan Tamatkan Zaman Solo" - Emma Maembong - Berita Hiburan | mStar

"Tiada Perancangan Tamatkan Zaman Solo" - Emma Maembong

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mac 2017 1:26 PM

Hubungan pasangan ini dilihat kembali mesra sejak kebelakangan ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aktres Emma Maembong memberitahu dia belum mempunyai apa-apa perancangan untuk menamatkan zaman solonya dengan pelakon Kamal Adli.

Emma, 25, berkata, aktor tersebut juga tidak pernah membuka mulut untuk berbincang tentang hasrat mengakhiri hubungan istimewa itu dengan ikatan perkahwinan.

"Sebenarnya susah untuk saya berkongsi tentang perkahwinan.

Dia mahu saya fokus kepada kerjaya dahulu," ujarnya kepada mStar Online.

Kamal belum bincang soal kahwin

Pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail ini berkata, apa-apa pun yang akan terjadi dalam hubungannya pada masa akan datang adalah ketentuhan Allah.

"Sejak saya masuk dalam industri setiap tahun akan cerita saya hendak kahwin tapi sampai sekarang tidak kahwin-kahwin juga.

"Orang pun mungkin muak untuk dengar, saya sedar mungkin kerana saya terlalu terbuka untuk berkongsi kisah cinta sehingga membuatkan orang mahu kami berkahwin.

Tapi jodoh bukan di tangan kita entah-entah saya berkawan sahaja dengan Kamal tapi kahwin dengan orang lain pula nanti.

"Ibu bapa saya sendiri sudah ada 11 orang anak pun berpisah kerana sudah tiada jodoh, kami sebagai anak terima ketentuan itu dan tidak mencari salah siapa," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang status hubungan tersebut secara terperinci, Emma berkata, Kamal merupakan seorang kawan lelaki paling rapat dengannya.

"Dia bukan lelaki istimewa dalam hidup saya kerana lelaki istimewa adalah bapa saya. Jika dia menjadi suami saya barulah boleh dipanggil lelaki istimewa.

"Buat masa ini dia adalah kawan lelaki yang paling rapat dengan saya," ujarnya

Tags / Kata Kunci: Emma Maembong , Kamal Adli
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan