Aweera Teruja Sertai 'Prime Domestic' Bersama Gitaris Legenda

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mac 2017 6:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Aweera berasa teruja apabila berpeluang bersatu tenaga bersama bekas gitaris legenda iaitu Joe (Wings) dan juga Hillary Ang (anggota kumpulan Search) dalam kumpulan 'Prime Domestic'.

Aweera berkata, dia diintai untuk menjadi vokalis kumpulan itu sejak tahun 2011 lagi, namun dia tidak dapat memberikan komitmen kerana mahu memberi fokus dengan kumpulan disertainya sebelum ini iaitu Mojo.

"Saya berjumpa abang Joe buat kali pertama pada tahun 2011 ketika menjayakan penggambaran sebuah filem, namun pada tahun 2012 saya bersama kumpulan Mojo dan projek bersama kumpulan Prime Domestic terhenti di situ sahaja," katanya kepada mStar Online.

Selain Joe, Hillary Ang dan Aweera, Prime Domestic turut dianggotai oleh Gee (bes) dan Ainoll (dram).

Kata Aweera, disebabkan kesibukannya, mereka ada menyenaraikan beberapa penyanyi lain selepas itu namun akhirnya rezeki berpihak kepadanya.

Kumpulan Prime Domestic dianggotai Ainoll (dari kiri), Aweera, Joe, Hillary Ang dan Gee.

Ujar Aweera lagi, peluang itu umpama mimpi yang menjadi kenyataan kerana dia membesar dengan muzik bintang legenda berkenaan.

"Saya masih terkejut dan berbangga dapat berkerja bersama legenda muzik Malaysia. Setakat ini kami sudah merakamkan tiga buah single dan lagu seterusnya akan dirakamkan tidak lama lagi. Ini kali pertama saya merakamkan album penuh," katanya.

Aweera yang mengakui kerjayanya semakin perlahan selepas bergerak secara solo bersyukur kerana kumpulan baru ini seaka-akan memberi sinar baru dalam kerjaya seninya.


Tags / Kata Kunci: Aweera

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan