Pakai Kostum Kucing Tarikan Penganjuran Aiffa 2017

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mac 2017 2:55 PM

Timbalan Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin (tiga dari kanan) melancarkan Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (Aiffa) 2017 pada Jumaat. -foto KAMARUL ARIFFIN / The Star

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Edisi ketika penganjuran Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (Aiffa) pada tahun ini menjanjikan pelbagai tarikan termasuklah percubaan memecah Rekod Dunia Guinness, iaitu rekod terbesar orang ramai memakai kostum kucing.

Pengarah Aiffa 2017, Livan Tajang berkata sebanyak 250 penyertaan diperlukan bagi mencapai matlamat berkenaan.

"Cubaan memecah rekod itu akan dibuat pada acara pembukaan Aiffa 2107 iaitu pada 4 Mei di Panggung Udara Kuching.

Livan Tajang.

"Sesiapa sahaja sama ada penggiat filem atau orang awam dijemput untuk sama-sama hadir memakai kostum kucing pada acara itu nanti," katanya kepada mStar Online.

Beliau ditemui selepas pelancaran Aiffa 2017 di Taylor's University Lakeside Campus di sini, Jumaat.

Pelancaran Aiffa 2017 disempurkan oleh Timbalan Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin yang mewakili Ketua Menterinya, Datuk Seri Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg.

Aiffa 2017 akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 4 hingga 6 Mei depan.

Diadakan kali ketiganya sejak 2013, acara dua tahun sekali itu juga bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-50 Asean.

Sebanyak 10 buah negara Asean akan merebut 16 kategori bagi mengiktiraf sumbangan penggiat filem termasuk pengarah, penulis skrip dan pelakon.

Selain itu Aiffa 2017 turut menganjurkan Pertandingan dan Pendidikan Filem Pendek Belia Sarawak, bagi menyediakan peluang baharu kepada pembuat filem tempatan yang berusia antara 18 dan 25 tahun.

Tags / Kata Kunci: Aiffa 2017

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan