Astro Anjur ‘Malam Throwbaek Drama’

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 6:00 AM

Antara mereka yang terlibat dalam Malam Throwback Drama.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Astro bakal menganjurkan Malam Throwbaek Drama bagi memberi penghargaan kepada pelakon dan krew produksi atas usaha mereka dalam menyajikan karya terbaik kepada penonton.

Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata acara itu juga diadakan bagi meraikan penonton dan peminat yang tidak jemu-jemu menyokong drama terbitan stesen itu sehingga beberapa drama terbitan mereka menjadi fenomena.

"Para peminat boleh mengundi artis kegemaran masing-masing menerusi 11 kategori dipertandingkan menerusi Instagram HLive bermula 23 hingga 30 Mac ini.

"Kesemua pencalonan berdasarkan drama-drama yang pernah ditayangkan di Astro sepanjang tahun lalu.

"Ia bukan sahaja bagi memberi penghargaan kepada pelakon dan kru tetapi juga peminat yang sentiasa menyokong," katanya kepada mStar Online.

Raqim ditemui pada majlis pelancaran Rangkaian Drama Melayu Astro 2017 di Saloma Bistro di sini, Rabu.

Malam Throwbaek Drama bakal diadakan pada 1April depan di Hotel Premiera Kuala Lumpur, 8.30 malam.

Malam Throwbaek Drama bakal menyaksikan 11 kategori diperkenalkan.

Antara kategori bakal dipertandingkan ialah Kapel Throwback, Watak Paling Meminta, Otai Throwbaek, Scene Paling Win, Pelakon Paling Membantu, Hero Throwbaek dan Heroin Throwbaek.

Dalam pada itu, Raqim berkata, Astro bakal menganjurkan Karnival Throwbaek Drama pada 23 hingga 26 Mac ini dengan pelbagai aktiviti seperti ramah mesra bersama artis, tayangan istimewa drama, persembahan dan sebagainya.

"Menerusi acara ini juga kami berharap mendapat maklum balas terus daripada penonton selain menghadiahkan pengikut setia kami dengan pelbagai aktviti dengan artis kesayangan mereka.

"Karnival ini juga sebagai memartabatkan drama Melayu yang kembali mendapat perhatian luar biasa penonton," ujarnya.

Sehubungan itu, Raqim berkata, Perubahan itu juga menjadikan empat saluran utamanya iaitu Ria, Prima, Oasis dan Warna sebagai hub bagi rangkaian drama terbitan stesen itu.

Katanya lagi, setiap saluran akan mengangkat genre drama berbeza selain memiliki keunikan tersendiri bagi memenuhi cita rasa penonton.

Jika sebelum ini slot Mega Drama di Ria dan Tiara (Prima) menjurus ke arah romantik ringan dan drama, kini kami menambah dua lagi iaitu Skrin Komedia (Warna) dan Rihanna (Oasis).

"Setiap slot mengisi genre drama berbeza dan ini adalah inisiatif kami dalam memastikan penonton mendapat pelbagai pilihan," katanya.

Tambah Raqim, pihaknya juga sedang merangka pelbagai program baharu yang akan mengisi empat slot itu sepanjang tahun ini.

Tags / Kata Kunci: Malam Throwback Drama , Astro

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan