Konsert Salman Khan Di Kuala Lumpur April Depan

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 3:21 PM

Salman Khan akan mengadakan persembahan pentas selepas 10 tahun. foto AFP

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali pelakon terkenal Bollywood, Salman Khan akan menghiburkan peminat di Malaysia menerusi persembahan pentas di Pusat Konvensyen Mines, Seri Kembangan di sini pada 14 April depan.

Aktor berusia 55 tahun itu bakal berada di negara ini sempena Da Bang The Tour Live in Malaysia bersama penyanyi, pelakon dan penari popular lain seperti Prabhu Deva, Tamannah, Bipasha Basu, Badshahh, Manish Paul dan Daisy Shah.

Menurut Pengerusi GHC Solution Sdn Bhd, Datuk G. Geethangali, Kuala Lumpur menjadi destinasi pertama siri jelajah itu sebelum Hong Kong, Auckland, Sydney dan Melbourne.



Geethangali (tengah) pada sidang media sempena Da Bang The Tour Live in Malaysia. -foto NORAFIFI EHSAN 

"Kami memberi jaminan bahawa konsert ini bakal meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada peminat Bollywood.

"Sebagai penganjur kami juga yakin ia bakal menjadi konsert Bollywood yang paling besar pernah dianjurkan di Malaysia sebelum ini," katanya pada sidang media di Ritz Carlton Kuala Lumpur pada Khamis.

Sementara itu ditanya sama ada Da Bang The Tour Live in Malaysia adalah rentetan daripada filem Dabangg lakonan Salman Khan pada 2010 dan 2012, Geethangali bagimanapun berkata ia tiada kaitan dengan filem berkenaan.

Konsert sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-60 pada tahun ini itu turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Tiket Da Bang The Tour Live in Malaysia sudah mula dijual pada harga antara RM111 hingga RM2,222 di redtix.airasia.com.

Tags / Kata Kunci: Salman Khan

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan