Shuib (Sepahtu) Kemaruk Bersanding Lagi

Diterbitkan: Rabu, 15 Mac 2017 6:30 AM

Shuib dan Siti Sarah buat kali pertama bersanding selepas enam tahun berkahwin. Foto Ihsan Dahlia Production & Instagram @sarahraisuddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kurang sebulan selepas bersanding buat kali pertama pada hujung Februari lalu, Shuib (Sepahtu) menyuarakan hasrat untuk naik pelamin lagi.

Jelas suami kepada penyanyi Siti Sarah Raisuddin ini, dia merancang untuk mengadakan majlis yang sama enam tahun dari sekarang iaitu pada sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12.

"Majlis persandingan itu satu perkara yang seronok. Kalau kami buat majlis tersebut pada hari perkahwinan sebenar enam tahun dulu, kami tak akan rasa kepuasan seperti ini.

"Jadi tak salah kalau saya dan Sarah untuk buat lagi nanti. Kalau ada rezeki, ulang tahun yang ke-12 nanti saya nak bersanding lagi," katanya kepada mStar Online.

Shuib, 33, ditemui pada majlis bersama penyampai-penyampai Astro Radio di Black Bull Avenue K di sini, Selasa.

Shuib dan Siti Sarah bersanding buat kali pertama pada 26 Februari lalu selepas enam tahun berkahwin.

Pasangan itu kini mempunyai tiga orang anak berusia 6 tahun, 3 tahun dan 1 tahun.

“Cerita penyampai radio Sinar FM ini lagi, majlis persandingan mereka juga berjaya mencapai matlamat yang diimpikannya.

Siti Sarah dan Shiub merupakan pasangan yang romantik.

"Sebenarnya sambutan ulang tahun perkahwinan bukan keutamaan. Paling utama himpunan keluarga.

"Saya berjaya pertemukan kembali ibu dan bapa saya yang telah sekian lama berpisah.

"Mereka sebelum ini tak boleh bertemu, tapi akhirnya majlis saya itu menjadi saksi," katanya penuh ceria.

Tambah Shuib lagi, dia dan Siti Sarah juga berpeluang mengenali ahli keluarga kedua-dua belah pihak sepanjang proses majlis itu.

"Sejak malam berinai, saudara-mara yang sebelum ini tak pernah kenal… saya jumpa.

"Rasa seronok sangat bila dapat kumpulkan ahli keluarga kedua-dua belah pihak," katanya.

Ditanya mungkin hasratnya untuk bersanding lagi pada usia 39 tahun nanti akan dipandang serong kerana ia mungkin dianggap sesuatu yang janggal, Shuib berkata ia adalah caranya untuk mengukuhkan lagi ikatan perkahwinan.

"Ini adalah cara saya untuk hangatkan hubungan cinta sebagai suami isteri.

"Tak salah rasanya untuk saya jemput saudara mara meraikannya dalam satu majlis seperti majlis perkahwinan.

"Sejujurnya apa yang saya lalui selepas bersanding adalah sangat menyeronokkan. Rasa macam baru mula bercinta dan berkahwin," katanya.

Tags / Kata Kunci: Shiub , Siti Sarah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan