Azharina Tak Pisahkan Anak Angkat Dengan Ibu-Bapa Kandung

Diterbitkan: Rabu, 15 Mac 2017 6:45 AM

Azharina bersama dua anak angkatnya iaitu Rizkie (dalam pangkuan) dan Rahmat. Foto Instagram @azharina_a

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Azharina Azhar tidak akan memutuskan silaturahim dua anak angkatnya dengan ibu-bapa kandung mereka walaupun hak penjagaan telah diberikan kepadanya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Elergi Sepi itu berkata, dia merasakan tiada hal untuk menyembunyikan kebenaran selain mahu anak-anaknya membesar dengan mengenali ibu-bapa sebenar mereka.

"Siapalah saya untuk pisahkan mereka kerana saya hanya pelaksana amanah yang diberikan Allah untuk mendidik, membesarkan dan memberi kasih sayang kepada mereka.

"Tidak sesekali saya akan putuskan hubungan anak-anak saya dengan ibu bapa kandung mereka kerana mereka diserahkan kepada saya pun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Azharina kembali menyerlah selepas menjuarai Gegar Vaganza musim ketiga.

"Saya sangat terbuka jika mereka ingin menelefon untuk bertanya khabar atau pun datang berjumpa melepaskan rindu," katanya kepada mStar Online.

Azharina, 32,  ditemui pada sidang media konsert Azharina Live in Hard Rock Cafe yang diadakan di sini, Selasa.

Persembahan solo pertama penyanyi itu akan diadakan pada 26 Mac ini bermula pukul 3 petang.

Dalam pada itu, bercakap mengenai keputusannya mengambil anak angkat kedua baru-baru ini, Azharina berkata ia berlaku secara tidak sengaja.

Pada awalnya Azharina hanya membantu ibu kepada kanak-kanak berkenaan namun wanita itu mengambil keputusan menyerahkan bayi yang dilahirkan kepadanya kerana kesempitan hidup.

Azharina bakal mengadakan konsert di Hard Rock Cafe pada 26 Mac ini.

"Tidak terlintas langsung dalam fikiran saya untuk ambil anak angkat lain kerana anak angkat pertama saya pun masih kecil.

"Wanita itu orang susah jadi apabila dia meminta saya jaga anaknya saya setuju kerana kasihankannya dan ingin bayinya membesar dengan baik.

"Alhamdulillah saya anggap ini rezeki daripada Allah dan ia amanah kepada saya untuk menjaganya," katanya.

Beritahu Azharina, anak keduanya itu diberi nama Rizkie Azharin Azhar Abdullah dan bayi itu dilahirkan pada 5 Mac lalu.

Selain Rizkie, Azharina turut mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Rahmat Azharin Azhar Abdullah yang kini berusia 3 tahun.

Sementara itu, Azharina berkata, walaupun tidak merancang namun kehadiran Rizkie telah melengkapkan lagi kehidupannya sebagai seorang wanita.

"Ketika saya memegangnya buat pertama kali dia sangat kecil kerana lahir pra-matang tetapi dia sangat kuat.

"Alhamdulillah dia semakin membesar namun memerlukan penjagaan yang rapi dan dia adalah penyeri dan kawan untuk Rahmat," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Azharina berkata, selain sibuk dengan persiapan persembahan di Hard Rock Cafe, dia juga giat mempromosikan single terbaharunya iaitu Sekian Terima Kasih.

Tags / Kata Kunci: Azharina

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan