Amyra Rosli Hamil Tujuh Minggu

Diterbitkan: Rabu, 15 Mac 2017 1:16 PM

Foto menunjukkan Amar menemani Amyra di hospital yang pada mulanya mengalami sakit perut. Foto Instagram @amyrarosli

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sakit perut sehingga terpaksa dibawa ke hospital memberi petanda baik kepada pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin apabila aktres itu disahkan hamil tujuh minggu.

Amar, 32, ketika dihubungi memberitahu, dia mengetahui berita itu selepas isterinya mengadu sakit perut sejak malam tadi sehingga terpaksa dibawa ke sebuah hospital swasta di ibu negara bagi mendapatkan rawatan.

"Alhamdulillah, doktor baru mengesahkah Amyra hamil tujuh minggu malam tadi (Selasa) selepas kami buat pemeriksaan sepenuhnya termasuk imbasan.

"Sebenarnya saya sedar sejak beberapa minggu lalu dia mengalami simptom-simpom kehamilan, namun kami belum sempat buat pemeriksaan sehinggalah malam tadi dia mengadu sakit perut," ujarnya kepada mStar Online.

Amar dan Amyra berkahwin pada 11 November tahun lalu.

Pasangan ini bernikah pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera dekat sini.

Dalam pada itu, Amar berkata, doktor menasihati agar isterinya itu berehat selama dua minggu untuk kebaikan kandungannya.

"Buat masa ini doktor menasihatkan agar Amyra berehat selama dua minggu untuk memastikan kandungannya benar-benar kuat.

"Mungkin selepas ini dia akan berehat sementara daripada bidang lakonan.

"Untuk menjadi pengacara pula, bagi saya tiada masalah kerana kerja itu lebih ringan dan tidak mengambil masa yang panjang," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Amura Rosli , Amar Baharin

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan