Siti Nurhaliza Bantu Kembangkan Bakat Pelajar Luar Bandar

Diterbitkan: Selasa, 14 Mac 2017 12:13 PM

Siti Nurhaliza

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza berhasrat membantu pelajar sekolah di kawasan luar bandar mencapai potensi maksimum mereka dalam bidang akademik, sukan dan seni kreatif.

Siti, 38, yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pintar berharap dapat mewakili golongan seniman mengetengahkan bakat seni pelajar-pelajar ke saluran yang betul.

"Sebagai seorang yang pernah belajar di sekolah luar bandar, saya aktif dalam sukan, menyanyi dan saya telah didedahkan sejak kecil kepada dunia perniagaan oleh ibu saya.

"Perkara ini memberikan saya keyakinan diri dan saya mahu memberi inspirasi yang sama pada anak-anak di kawasan luar bandar," katanya pada sidang media di Mercu UEM di sini pada Isnin.

Selain Siti yang mewakili golongan karyawan seni, pereka fesyen terkenal, Datuk Bernard Chandran turut dilantik bagi mewakili industri berkenaan.

Yayasan Pintar merupakan sebuah badan bukan berasaskan keuntungan ditubuhkan pada 2008 untuk menerajui Program Pintar di  sekolah luar bandar dan sekolah berprestasi rendah selama tiga tahun.

Menerusi program itu, organisasi berkenaan akan membiayai pelbagai aktiviti seperti program ejaan, kelas tambahan dan klinik sukan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Sekolah yang terpilih terletak di kawasan luar bandar dan mempunyai kadar lulus 65 peratus dalam keputusan peperiksaan utama.

Ibu bapa pelajar biasanya berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.

Pengerusi Yayasan Pintar, Tan Sri Arshad Ayub berkata, pelantikan Siti Nurhaliza boleh menggalakkan dan memupuk bakat kreatif kanak-kanak luar bandar dalam industri seni.

"Bakat nyanyian dan personaliti yang menyenangkan menjadikan beliau idola kepada rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda.

"Siti Nurhaliza telah menunjukkan potensi yang besar kerana dia bukan sahaja berjaya dalam karier nyanyiannya, tetapi juga menjalankan perniagaan kecantikan dan masih mempunyai masa untuk melakukan kerja-kerja amal," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Siti Nurhaliza , Yayasan Pintar

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan