Saharul Ridzwan Nak Jadi Penyanyi Pula?

Diterbitkan: Selasa, 14 Mac 2017 7:08 AM

Gambar Saharul dan Ajai yang dimuat naik di Instagram menimbulkan ura-ura pelakon itu bakal bergelar penyanyi. Foto Instagram @saharulridzwan

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Pelakon Saharul Ridzwan masih berteka-teki berhubung penglibatannya dalam bidang muzik apabila timbul ura-ura dia akan menghasilkan single pertamanya.

Khabar angin itu timbul selepas pelakon yang popular menerusi drama Hati Perempuan itu memuat naik gambar bersama komposer terkenal iaitu Ajai di Instagram.

"Saya berjumpa dengan Ajai kerana ingin membincangkan sebuah projek melibatkan kami berdua.

"Tidak semestinya ia berkaitan saya akan bergelar penyanyi dan boleh jadi saya bakal hasilkan sebuah buku, manalah tahu, ada rezeki.

Saharul Ridzwan dilantik sebagai duta Erya by Suria. Foto Ihsan WEDDINGSTRUCTURE

"Namun boleh jadi juga saya bertemu dengannya untuk latihan vokal," katanya kepada mStar Online.

Saharul ditemui pada majlis pelancaran penjenamaan dan pelantikannya sebagai duta Erya by Suria yang diadakan di Suria Hot Spring Resort Bentong, Pahang pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Saharul tidak menafikan minatnya dalam bidang nyanyian malah menyimpan hasrat bergelar penyanyi sebelum aktif dalam lakonan.

"Tak salah rasanya jika seorang pelakon mencuba menjadi penyanyi, Insya-Allah kalau ada rezeki saya ingin mencabar diri untuk menyanyi.

"Alhamdulillah jika perkara itu terlaksana ia ibarat impian jadi kenyataan!," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Saharul Ridzwan , Ajai

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan