Putra Amaris Tolak Tawaran Berlakon Di Indonesia

Diterbitkan: Selasa, 14 Mac 2017 7:08 AM

Putra Amaris tidak mahu menerima lebih daripada satu tawaran lakonan pada sesuatu masa. foto KHAIRUL IMRAN / The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tawaran berlakon yang tidak putus-putus daripada produksi tempatan memaksa pelakon Putra Amaris melupakan seketika hasratnya untuk terus melebarkan kerjaya di Indonesia.

Menurut Putra Amaris, 32, dia terpaksa menolak tawaran bagi menjayakan sebuah drama bersiri daripada produksi di Jakarta kerana komitmen kerja di negara sendiri.

"Sepatutnya saya sudah sertai pengambaran sinetron dengan produksi di sana, tapi saya ambil keputusan untuk fokus kepada pasaran tempatan.

Putra Amaris mahu fokus kepada dunia lakonan tempatan.

"Niat saya pada tahun ini ialah untuk kembangkan kerjaya di sini, saya mahu naikkan kembali nama di kalangan penonton di Malaysia," katanya kepada mStar Online.

Putra Amaris atau Amran Ismail mula mencuba nasib di Indonesia sejak 2014 dengan membintangi beberapa drama dan filem di negara itu termasuklah yang terbaharu ialah filem Mat Jenin Cucu Raden Kabayan.

Mengulas mengenai perkembangan kerjaya seninya, Putra Amaris bagaimanapun berkata tidak tamak menerima lebih daripada satu tawaran berlakon jika sudah mengikat kontrak dengan sesebuah produksi.

"Saya tak mahu menyusahkan pengarah atau semua yang terlibat dengan sesuatu produksi jika saya terkejar-kejar untuk ke lokasi pengambaran.

"Sebab itu saya lebih suka fokus kepada satu kerja, tak mahu tamak ambil semua sekali gus, sebagai pelakon saya nak fokus setiap karakter yang diberikan," katanya.

Tambah Putra Amaris, jadual lakonannya kini padat sehingga pertengahan tahun ini.

"Alhamdulillah rezeki tahun ini tak putus-putus. Saya harapkan semua perancangan berjalan dengan baik.

"Stesen televisyen juga banyak beri sokongan dengan pelbagai tawaran berlakon," katanya.



Putra Amaris bersama Sharifah Zarina dan Maria Tungku Sabri mahu mengajak peminat masing-masing bercuti ke Pulau Boracay.

Terbaharu, drama lakonan Putra Amaris berjudul Nahu Rindu sedang ditayangkan di Slot Zehra di TV3.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Putra Amaris mengajak para peminatnya untuk turut sama dalam percutian ke Pulau Boracay pada hujung April depan.

Jelas aktor berkenaan, peserta yang mengikuti percutian bertemakan Seiring Sejalan itu berpeluang mengenalinya dengan lebih dekat menerusi pelbagai aktiviti menarik yang sedang dirancang.

Selain Putra Amaris, dua lagi selebriti yang akan turut serta dalam percutian itu ialah penyanyi Sharifah Zarina dan personaliti televisyen Maria Tungku Sabri.

Namun katanya, butiran lanjut mengenai percutian itu akan diumumkan menerusi media sosialnya dalam masa terdekat.
Tags / Kata Kunci: Putra Amaris

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan