Luqman Hafidz Sukar Urus Kerjaya Seni Tanpa Pembantu

Diterbitkan: Selasa, 14 Mac 2017 12:58 PM

Luqman memberitahu sukar menguruskan kerjaya seninya tanpa bantuan pengurus. Foto dari Instagram miliknya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon baharu Luqman Hafidz mengakui proses mengendalikan kerjaya seni secara sendirian tanpa pembantu peribadi atau pengurusan merupakan perkara yang mencabar.

Luqman, 26, berkata, kerumitan itu semakin dirasai kebelakangan ini apabila tawaran kerja dan jadualnya menjadi semakin padat.

"Bukanlah saya hendak kata keadaan (tiada pembantu peribadi atau pihak pengurusan) itu menyusahkan kerana ketika mula menyertai bidang ini tahun lepas saya masih tak ada masalah untuk bergerak dan uruskan sendiri.

"Cuma apabila kerjaya semakin berkembang tahun ini dan lebih banyak tawaran (kerja) masuk, saya rasa kelam-kabut untuk menguruskan semuanya sendirian," katanya kepada mStar Online.

Luqman atau Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi, 26, yang dikenali menerusi watak Ali dalam filem Ola Bola (2016) berkata, pengurusan kerjayanya kurang teratur kebelakangan ini kerana dia terpaksa menyusun jadual, menguruskan tawaran dan harga, memandu sendiri dan melakukan keperluan lain secara berdikari.

"Akibatnya saya akan kepenatan terutamanya apabila tawaran kerja bertindih atau tempoh penggambaran yang panjang.

Luqman mula dikenali menerusi filem Ola Bola.

"Bertambah juga bila selepas seharian bekerja, saya sendiri kena memandu pulang jika lokasi penggambaran jauh dari rumah.

"Tapi saya masih baru dan belum kenal ramai orang jadi saya kenalah menyesuaikan diri dan bersusah-payah sikit ketika ini," katanya.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana ramai dalam kalangan penggiat industri seni memberikan pelbagai peluang kepadanya.

"Dalam pada nama masih kurang dikenali, saya bersyukur kerana tawaran kerja diterima secara konsisten.

"Malah sekarang, saya juga semakin banyak menerima peluang pengacaraan.

"Terbaru, saya diberikan kepercayaan oleh RTM sebagai pengacara bersama Nadzmi Adhwa untuk program secara langsung iaitu Rentak Juara sehingga Mei nanti," katanya.

Ia disiarkan pada setiap Sabtu pukul 9 malam di TV2 bermula 11 Mac lalu.

Selain itu , telefilem terbaharu lakonannya, Hisyam & 3 Hantutiyers akan ditayangkan pada 18 Mac ini di Astro Citra dan Mustika HD. 

Tags / Kata Kunci: Luqman Hafidz

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan