'Jangan Menangis' Kolaborasi Pertama Aizat Amdan, Faizal Tahir

Diterbitkan: Isnin, 13 Mac 2017 7:01 PM

Aizat Amdan menyampaikan lagu Jangan Menangis secara akustik. -foto IZZRAFIQ ALIAS / The Star

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lebih dua tahun tanpa lagu baharu, penyanyi Aizat Amdan akhirnya tampil dengan single Jangan Menangis hasil ciptaannya bersama Faizal Tahir dan Mike Chan.

Menurut Aizat, 28, idea bagi menerbitkan lagu berunsur kemanusiaan itu tercetus selepas dia dan Faizal sama-sama mengikuti ekspedisi 1Moment4them bagi membantu rakyat Syria pada 2013.

“Saya mengagumi karya Faizal dan kami sudah lama merancang untuk bekerjasama namun impian itu hanya tercapai selepas kami duduk berbincang setelah pulang dari Syria.

“Sebaik sahaja Faizal berikan lagu ini, saya terus bersetuju. Saya katakan bahawa inilah masanya untuk kami berkolaborasi,” katanya kepada mStar Online disini.



Aizat (kiri) bersama Faizal Tahir (tengah) dan Mike Chan (kanan) pada pelancaran single Jangan Menangis.

Aizat ditemui pada majlis pelancaran single Jangan Menangis di Ziffy Cafe, Kota Damansara pada Isnin.

Lagu tersebut mengisahkan mengenai cabaran yang dihadapi seseorang selain peringatan kepada sestiap individu mengenai sifat bertanggungjawab.

Cerita Aizat atau Muhammad Aziat Amdan lagi, Faizal memberi kepercayaan kepadanya untuk menyiapkan lirik lagu tersebut yang sejak daripada awal diberi tajuk Jangan Menangis.

“Memang secara umumnya ia berkaitan kesusahan orang di Syria tetapi bagi saya ia lebih peribadi kerana berkisar mengenai kehidupan sendiri.

“Pada masa itu saya berhadapan situasi serba salah kerana memilih untuk keluar daripada rumah yang saya didiami bersama keluarga dan bina kehidupan sendiri secara berdikari.

“Sebab itu saya katanya ia sangat universal kepada sesiapa sahaja yang melalui perasaan seperti itu mengikut jalan cerita masing-masing,” katanya.

Lagu Jangan Menangis edaran Warner Music Malaysia Sdn Bhd turut menyaksikan kerjasama pertama antara syarikat rakaman Kasi Gegar Entertainment milik Aizat dan Faithful Music kepunyaan Faizal Tahir.

Tags / Kata Kunci: Aizat Amdan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan