Lancar Koleksi Pakaian Di Malaysia, Afgan Impi Miliki Butik Sendiri

Diterbitkan: Isnin, 13 Mac 2017 6:00 AM

Afgan bersama jenama pakaiannya iaitu Arez.Co yang dilancarkan di butik FashionValet Pavilion pada Sabtu lalu. Foto AZLINA ABDULLAH

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan teruja apabila diberi peluang untuk melancarkan jenama pakaiannya iaitu Arez.Co di Malaysia.

Afgan, 28, berkata, pelancaran koleksi pakaiannya itu sebagai tanda menghargai peminatnya di negara ini selapas ia dilancarkan di negaranya enam bulan lalu.

"Ketika menghasilkan koleksi ini saya banyak berfikir tentang peminat dan akhirnya dapat melancarkan Arez.Co bukan sahaja untuk peminat di Indonesia tetapi juga Malaysia.

"Arez.Co bersempena nama samaran saya di Indonesia iaitu Arez (singkatan Afgansyah Reza) dan berharap peminat akan menyukai koleksi ini," katanya kepada mStar Online.

Afgan ditemui pada majlis pelancaran Arez.Co di FashionValet di Pavilion di sini, Sabtu.

Afgan impi untuk memiliki butiknya sendiri.

Dalam pada itu, Afgan berkata, dia tidak menyangka pihak FashionValet sudi untuk melancarkan jenama pakaiannya selain melihat ia permulaan untuk mengembangkan kariernya dalam bidang fesyen pada masa hadapan.

Malah kata penyanyi lagu Jodoh Pasti Bertemu ini lagi, dia juga berazam untuk membuka butiknya sendiri suatu hari nanti.

"Saya harus berterima kasih kepada FashionValet kerana memberi peluang melancarkan koleksi Arez.Co. di butik mereka.

"Ini adalah satu permulaan yang baik untuk terus maju pada masa hadapan dan menjadi harapan saya suatu hari nanti saya mampu miliki butik sendiri," katanya.

Afgan bersama pengasas FashionValet iaitu Vivy Yusof bersama suaminya, Fadzarudin Anuar.

Sementara itu, Afgan berkata setiap rekaan untuk koleksinya itu diinspirasikan sendiri daripada karekter dan jiwanya yang gemarkan fesyen.

"Setiap rekaan yang diterap dekat dengan jiwa dan karekter saya dan keghairahan saya terhadap fesyen membuatkan saya lebih teruja dalam mengeluarkan lebih banyak idea kreatif pada masa akan datang," ujarnya.

Arez.Co yang hadir dengan logo kaca mata sebagai 'signature' kepada koleksi itu dihasilkan untuk lelaki dan wanita dengan harga berpatutan iaitu RM150.

Dalam perkembangan lain, Afgan berkata, dia akan bekerjasama sekali lagi dengan penyanyi rap SonaOne menerusi lagu baharu tidak lama lagi.

Selain itu, dia juga terbuka sekiranya menerima tawaran berlakon sekiranya karya ditawarkan berbentuk muzikal.

Tags / Kata Kunci: Afgan , Arez.Co

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan