Mawi Terima Tawaran 'Munafik 2', Selepas 7 Tahun Tidak Berlakon

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mac 2017 6:30 AM

Mawi bakal membuat kemunculan dalam filem Munafik 2.

(Ubah saiz teks)

AMPANG: Penyanyi Mawi memberitahu dia menerima tawaran untuk berlakon dalam filem Munafik 2 selepas tujuh tahun tidak terlibat dalam bidang lakonan.

Mawi, 36, berkata, dia menerima tawaran berkenaan atas dasar persahabatan yang dibina dengan pengarah filem tersebut iaitu Syamsul Yusof sejak bekerjasama menerusi lagu Kalah Dalam Menang.

"Saya dipelawa untuk terlibat dalam filem ini oleh Syamsul bulan lalu. Pada mulannya kata Syamsul watak tersebut kecil sahaja tapi skrip dibuat ia menjadi besar dan banyak babak.

"Saya terima tawaran ini sebab kami sudah berkawan baik. Saya akui lebih selesa bekerjasama bawah arahan pengarah yang saya kenal berbanding yang tidak kenal. Lagi pula saya rasa ini peluang yang baik," ujarnya kepada mStar Online.

Mawi ditemui pada majlis sidang media pelancaran filem Munafik 2 yang diadakan di Dataran Finas, di sini, malam Khamis lalu.

Barisan pelakon Munafik 2.

Pemilik nama sebenar Asmawi Ani ini kali terakhir terlibat dalam filem Magika pada tahun 2010.

Dalam pada itu, Mawi mengakui sedikit gementar untuk kembali ke lokasi penggambaran selepas sekian lama tidak berlakon.

"Sebelum ini memang ada beberapa produksi yang menawarkan untuk saya berlakon filem tetapi saya terpaksa tolak kerana komitmen yang tinggi.

"Tidak sangka sudah tujuh tahun tidak berlakon, memang ada sedikit rasa gementar untuk kembali ke set. Filem ini pula menjadi filem yang ditunggu-tunggu kerana untuk filem pertama, ia mendapat kutipan box office," ujarnya.

Selain itu, Mawi berkata, dia dan Syamsul bakal berduet sekali lagi untuk lagu tema filem seram berkenaan.

"Ada lagu yang akan kami rakamkan sebagai lagu tema filem ini dan sekarang masih dalam proses, saya sudah terima demo untuk lagu tersebut," ujarnya.

Filem yang bakal menelan belanja RM2.5 juta itu membabitkan barisan pelakon lain seperti Maya Karin, Fauzi Nawawi, Nasir Bilal Khan, Fizz Fairuz, Ku Faridah dan Datuk Rahim Razali.

Tags / Kata Kunci: Munafik 2 , Mawi

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan