Haiza Dikecam Tak Tahu Isu Bola

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mac 2017 6:30 AM

Haiza semakin serasi menjadi penyampai radio di Kool FM. -foto AIMAN ARIFUDDIN / The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kritikan dan teguran 'pedas' sebilangan kecil pendengar radio Kool FM berhubung sesuatu topik yang dibincangkan tidak mematahkan semangat Haiza untuk terus menempa nama dalam bidang penyiaran.

Menurut Haiza, 37, setelah setahun bersama stesen radio berkenaan, dia pernah dikecam kerana tidak mempunyai pengetahuan yang cukup apabila membincangkan sesuatu topik khususnya membabitkan sukan bola sepak.

"Saya pernah dikecam oleh pendengar yang mengatakan mereka 'pantang' apabila penyampai bercakap tanpa lakukan homework.

"Tapi sebetulnya memang saya tak tahu mengenai bola dan bagi saya itu perkara normal. Takkan nak pura-pura mengakui saya tahu," katanya kepada mStar Online.



Haiza tidak melatah walaupun dikritik pendengar.

Haiza atau Rohaizah Nordin digandingkan bersama seorang lagi penyampai berpengalaman iaitu AG dalam segmen Pagi Hari Di Kool.

Bagaimanapun kata Haiza, pengalaman dalam bidang nyanyian membantunya berhadapan situasi berkenaan.

"Sebagai penyanyi pun ada orang kritik juga, jadi saya tak melatah. Bagi saya itu adalah teguran yang baik, insyaAllah ia akan diperbaiki dari semasa ke semasa.

"Sedikit pun saya tak terasa hati kerana itu adalah cuit-cuit (teguran) dan ia penting. Kita tak boleh asyik dilambung kerana bagi saya itu tak sihat," katanya.

Bercerita lanjut mengenai kerjanyanya sebagai penyampai radio, Haiza berkata dia semakin serasi bergandingan dengan AG atau Muhammad Azmir Selamat.

"Waktu mula-mula dulu saya masih mencari rentak, namun lama kelamaan gandingan kami makin serasi. AG banyak membantu saya menyesuaikan diri di konti.

"Paling menarik ialah kemahiran mengunakan panel di konti juga semakin baik. Dulu di tempat lama saya bercakap sahaja tapi di Kool FM penyampai kena kendalikan mesin... jadi penyampai bukan senang," katanya.

Sebelum menyertai Kool FM, Haiza yang popular dengan lagu Dag Dig Dug  merupakan penyampai radio Best FM bertempat di Johor Bahru.

Tags / Kata Kunci: Haiza , Kool FM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan